Mohd Shupian, Majid (2015) Penggunaan Maf‘U:L Bih dalam kalangan pelajar Melayu / Mohd Shupian bin Majid. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul fakta sejauh mana penguasaan maf‘u:l bih dalam kalangan pelajar Melayu, mengesan punca dan bentuk kesukaran yang sering dihadapi oleh responden semasa mempelajarinya serta mencadangkan pendekatan (kaedah dan teknik) pengajaran yang sesuai. Kajian hanya melibatkan 80 orang responden di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang mengikuti pembelajaran nahu Bahasa Arab berkaitan tajuk kajian yang dipilih secara rawak. Dalam menjalankan kajian ini, penulis akan menggunakan beberapa metode seperti pengumpulan data daripada teks Arab melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan soal selidik berkaitan latar belakang responden dan berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran BA. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan melakukan pendekatan soal selidik. Data-data yang dikumpulkan pula dianalisis berdasarkan kepada pendekatan kuantitatif. Ujian bertulis turut dijalankan untuk menilai dan mengukur tahap penguasaan responden dalam menggunakan maf‘u:l bih BA dalam penulisan mereka. Berdasarkan kepada data-data yang diperolehi dan dianalisis, pengkaji membuat kesimpulan bahawa responden-responden masih lagi di tahap yang lemah dalam aspek yang dikaji. Ia disebabkan kurangnya perbendaharaan kata Arab yang dikuasai oleh responden, keliru dengan peraturan bahasa yang dipelajari, sikap responden terhadap pembelajaran yang kurang memberangsangkan dan ditambah pula dengan faktor pengajaran guru yang kurang berkesan. Wa Alla:h A‘lam.
Actions (For repository staff only : Login required)