Pengaruh kompetensi kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepimpinan transformasi gerakan Koperasi Sekolah di negeri Selangor / Nik Rashid bin Ismail

Ismail, Nik Rashid (2013) Pengaruh kompetensi kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepimpinan transformasi gerakan Koperasi Sekolah di negeri Selangor / Nik Rashid bin Ismail. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (255Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (3431Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kompetensi kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepemimpinan transformasi pemimpin gerakan koperasi sekolah dan meninjau hubungan antara faktor-faktor demografi (jantina, umur dan pengalaman pentadbiran) dengan kompetensi kecerdasan emosi dan tingkah laku kepemimpinan transformasi. Kajian ini juga, melihat sama ada wujud perbezaan tahap kompetensi kecerdasan emosi dan tingkah laku kepemimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin gerakan koperasi sekolah di setiap kategori koperasi sekolah di negeri Selangor (koperasi sekolah menengah bandar, koperasi sekolah menengah luar bandar, koperasi sekolah menengah berasrama dan koperasi sekolah menengah agama). Seterusnya, meninjau bagaimana komponen-komponen kompetensi kecerdasan emosi dalam meramalkan tingkah laku kepemimpinan transformasi pemimpin gerakan koperasi sekolah. Kaedah tinjauan dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam proses pengumpulan data kajian. Sejumlah 304 orang pemimpin koperasi sekolah dipilih sebagai sampel kajian. la terdiri daripada 80 orang pemimpin koperasi sekolah menengah bandar, 77 orang pemimpin koperasi sekolah menengah luar bandar, 72 orang pemimpin koperasi sekolah menengah berasrama dan 75 orang pemimpin koperasi sekolah menengah agama. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ujian Korelasi Spearman Rho, Ujian Mann-Whitney U, Ujian Kruskal-wallis H, Analisis Regressi Pelbagai dan Analisis SEM (Structural Equation Modeling). Hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku kepemimpinan transformasi pemimpin gerakan koperasi sekolah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan dari segi umur dan ianya mempengaruhi kompetensi kecerdasan emosi dan tingkah laku kepemimpinan transformasi pemimpin koperasi sekolah. Namun begitu, tidak wujud perbezaan dari segi jantina dan pengalaman pentadbiran. Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa komponen–komponen seperti pengurusan diri, pengurusan perhubungan dan kesedaran sosial mempengaruhi tingkah laku kepemimpinan transformasi pemimpin gerakan koperasi sekolah. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sub-komponen kesedaran organisasi dan sub-komponen kepemimpinan berinspirasi secara signifikan mempengaruhi dimensi mencetus motivasi pemimpin koperasi. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memberi implikasi bahawa kompetensi kecerdasan emosi pemimpin mempengaruhi tingkah laku kepemimpinan transformasi pemimpin gerakan koperasi sekolah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Ph.D -- Institut Kepemimpinan Pendidikan, Universiti Malaya, 2013
      Uncontrolled Keywords: Emotional intelligence--Psychological aspects--Case studies; Transformational leadership--Psychological aspects; Student cooperatives--Selangor--Management; Cooperative societies--Selangor--Management
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
      Divisions: Institute of Principalship Studies
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 17 Jun 2015 14:19
      Last Modified: 17 Jun 2015 14:19
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5525

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item