Penentu corak perilaku di kalangan pengundi Melayu : kajian di kawasan Parlimen Campuran di Semenanjung Malaysia / Muhammad Asri bin Mohd Ali

Mohd Ali, Muhammad Asri (2013) Penentu corak perilaku di kalangan pengundi Melayu : kajian di kawasan Parlimen Campuran di Semenanjung Malaysia / Muhammad Asri bin Mohd Ali. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (147Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (87Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (31Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (19Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (91Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (467Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (317Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (250Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (518Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (406Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (338Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (150Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (238Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (339Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF
                                Download (48Kb) | Preview
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF (Full Text)
                                  Download (117Kb) | Preview

                                    Abstract

                                    Kajian awal terhadap perilaku pengundi di Malaysia menunjukkan identifikasi parti atau identiti etnik dan undi yang diberikan kepada parti politik mempunyai hubungan yang signifikan dan corak pengundian adalah stabil. Kajian yang dilakukan pada penghujung dekad 1990an menunjukkan bahawa corak pengundian lama yang terikat dengan etnisiti berubah kepada pengundian berunsurkan pembangunan, Islam dan isu yang berkait dengan urus tadbir. Kajian ini memeriksa kesan perubahan daripada mobilisasi parti kepada mobilisasi literasi politik terhadap pembahagian atau kategori pengundi Melayu bandar di kawasan parlimen campuran. Modenisasi yang dialami masyarakat Melayu lebih lima dekad lalu, polisi pentadbiran Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan kemunculan media baru mengubah proses mobilisasi (daripada mobilisasi parti kepada mobilisasi literasi politik). Menggunakan data yang dikutip semasa kerja lapangan di dua kawasan parlimen campuran, iaitu di Ampang dan Selayang, pengkaji menunjukkan kepentingan corak mobilisasi alternatif (literasi politik) dengan menunjukkan perbezaan besar berlaku dalam konteks pemikiran politik, pilihan mengundi dan perubahan undi. Hasil kajian ini menunjukkan kategori pengundi Melayu di kawasan campuran boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut: 1) Pengundi Atas Pagar Berketerampilan (PAB), 2) Tidak Minat Politik (TMP), 3) Pengundi Partisan Berketerampilan (PPB), dan 4) Pengikut Setia Parti (PSP). PAB merupakan pengundi yang dimobilisasikan oleh literasi politik, mempunyai pendidikan tinggi, berkemahiran memahami dunia politik dan mengikuti perkembangan politik. PAB lebih cenderung menilai dan pengundi yang berketerampilan dalam menilai isu, khususnya dari dimensi kualiti hidup dan urus tadbir. Dalam masa yang sama, PAB menyumbang kepada peralihan corak pengundian, khususnya di kawasan bandar yang terdapat kawasan parlimen campuran. Peralihan corak pengundian tersebut menyumbang kepada proses kerenggangan politik yang sedang mengambil tempat dalam politik pilihan raya di Malaysia seperti dapat dilihat menerusi kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan dua pertiga kerusi parlimen semasa Pilihan Raya Umum 2008.

                                    Item Type: Thesis (PhD)
                                    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Institute of Graduate Studies, University of Malaya, 2013
                                    Uncontrolled Keywords: Elections--Malaysia; Voting--Malaysia; Malays (Asian people)--Malaysia--Politics and government; Malaysia--Politics and government
                                    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
                                    J Political Science > JQ Political institutions Asia
                                    Divisions: Institute of Graduate Studies
                                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                    Date Deposited: 15 Jun 2015 10:15
                                    Last Modified: 15 Jun 2015 10:15
                                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5586

                                    Actions (For repository staff only : Login required)

                                    View Item