Peranan sektor kelapa sawit ke atas agihan pendapatan isi rumah dan perekonomian Wilayah Riau, Indonesia / Saipul Bahri

Saipul, Bahri (2013) Peranan sektor kelapa sawit ke atas agihan pendapatan isi rumah dan perekonomian Wilayah Riau, Indonesia / Saipul Bahri. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Sektor Pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi Wilayah Riau. Sektor pertanian menyumbangkan 20.28% kepada KDNK Riau. Daripada 7.3 juta hektar kawasan perladangan kelapa sawit Indonesia, 23.45 peratus daripadanya terdapat di Wilayah Riau. Objektif umum kajian ini ialah untuk meneliti peranan sektor kelapa sawit terhadap agihan pendapatan dan perekonomian di Wilayah Riau. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk: (1) Menganalisis peranan perladangan kelapa sawit terhadap agihan pendapatan dan kemiskinan isi rumah petani kelapa sawit; (2) Menganalisis peranan sektor kelapa sawit terhadap perekonomian Wilayah Riau; (3) Mengenal pasti kesan jalur pendapatan sektor kelapa sawit terhadap pendapatan isi rumah di kawasan desa; dan (4) merumuskan dasar pembangunan sektor kelapa sawit untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian telah menggunakan pendekatan analisis pendapatan dan matrik perakaunan sosial ekonomi (MPSE). Kajian menggunakan data primer dan sekunder. Sebanyak 400 sampel isi rumah dipilih secara pensampelan rawak mudah. Kajian lapangan telah dilakukan pada tahun 2009. Disamping itu, data sekunder tahun 2000 hingga 2009, telah pula digunakan terutamanya bagi membina jadual matrik perakaunan sosial ekonomi. Hasil kajian mendapati bahawa perladangan kelapa sawit mampu untuk menciptakan agihan pendapatan isi rumah yang sama rata sehingga mengurangkan kadar kemiskinan. Sektor kelapa sawit memberikan impak yang paling besar kepada nilai ditambah, pendapatan isi rumah, firma, pendapatan sektor pengeluaran, pendapatan sektor lain dan output wilayah Riau secara keseluruhan. Sektor perladangan pekebun kecil kelapa sawit dan pengilang kelapa sawit termasuk dalam 10 kelompok terbesar daripada 23 sektor pengeluaran. Sektor kelapa sawit lebih banyak menimbulkan iv kesan pengganda kepada isi rumah di luar bandar yang berpendapatan rendah. Kesan pendapatan sektor kelapa sawit kepada isi rumah luar bandar dan bandar berpendapatan rendah mengikut jalur asal menyumbang kepada tenaga buruh perladangan kelapa sawit, tenaga buruh pertanian yang lain, dan tenaga buruh bukan pertanian. Dasar untuk meningkatkan jumlah pendapatan tenaga buruh dan isi rumah melalui agihan pendapatan secara sama rata kepada isi rumah bandar dan luar bandar berpendapatan rendah ternyata berjaya. Untuk meningkatkan pendapatan sektor pengeluaran, pelaburan dan eksport produk yang berkaitan dengan industri pembuatan kelapa sawit perlulah juga ditingkatkan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Faculty Economics and Administration, University of Malaya, 2013..
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Economics & Administration
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 Jun 2015 15:59
    Last Modified: 23 Jun 2015 15:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5629

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item