Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian / Normazidah bt Mahmood

Normazidah, Mahmood (2012) Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian / Normazidah bt Mahmood. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (581Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1986Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1412Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini bertujuan menilai penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah. Ia berpandukan kepada Model Robert Glaser, Sim dan La Francious. Fokus kajian adalah terhadap amalan pengajaran guru Bahasa Arab bagi mengetahui persepsi mereka terhadap pelaksanaan kurikulum dan pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab melalui perancangan pengajaran, strategi pelaksanaan kaedah pengajaran, dan keberkesanan kaedah pengajaran yang dapat membantu dalam pencapaian hasil pembelajaran. Penilaian kendiri terhadap proses pengajaran yang telah dilaksanakan juga dinilai berdasarkan perancangan pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar dan pelaksanaan pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik ke atas 217 orang guru j-QAF Bahasa Arab di dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data soal selidik ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 11.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Kajian juga turut menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan dua orang guru melalui temu bual dan seorang guru melalui pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan guru menyatakan persetujuan dan kemampuan dalam melaksanakan amalan pengajaran. Lima kaedah yang kerap dan berkesan digunakan ialah kaedah dengar dan tutur, kaedah bacaan, kaedah ajuk dan hafaz, kaedah langsung, dan kaedah nahu dan terjemahan. Hasil kajian juga mendapati masa pengajaran yang diperuntukkan selama dua waktu seminggu adalah tidak mencukupi untuk melaksanakan proses pengajaran. Selain itu, pemilihan kaedah pengajaran adalah sangat penting untuk menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

        Item Type: Thesis (PhD)
        Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. 2012.
        Uncontrolled Keywords: Pengajaran Bahasa Arab
        Subjects: L Education > L Education (General)
        Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 27 Jun 2015 12:06
        Last Modified: 27 Jun 2015 12:06
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5650

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item