Analisis simplifikasi nahu Arab menurut Shawqi : Dayf / Aziyun binti Othman @ Omar

Othman @ Omar, Aziyun (2014) Analisis simplifikasi nahu Arab menurut Shawqi : Dayf / Aziyun binti Othman @ Omar. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3064Kb) | Preview

    Abstract

    Simplifikasi nahu Arab merupakan usaha sarjana bahasa Arab untuk memudahkan nahu bagi tujuan pengajaran. Pada zaman Arab klasik, ia hanyalah sekadar meringkaskan isi kandungan nahu sahaja sehinggalah reformasi Ibn Mada:‟ yang menyeru kepada rombakan melibatkan teori dan asas nahu Arab. Reformasi Ibn Mada:‟ ini banyak mempengaruhi sarjana bahasa Arab moden termasuklah Shawqi: Dayf. Justeru kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka simplifikasi nahu Arab Shawqi: Dayf. dengan meneliti siri buku beliau dalam isu ini iaitu “Tajdi:d al-Nahw” dan "Taysi:r al-Nahw al-Ta‘li:miyy". Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen dengan reka bentuk analisis kandungan. Kajian dibentuk berasaskan kerangka model kajian „Abdullah Hamd dengan sedikit pindaan terutama dalam pembentukan tema dan penilaian simplifikasi nahu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa simplifikasi nahu Arab yang dilakukan oleh Shawqi: Dayf terbina atas enam asas iaitu 1)penyusunan semula bab-bab nahu, 2)pemansuhan i‘ra:b taqdi:riyy dan mahalliyy, 3)i‘ra:b untuk sebutan yang betul, 4)memberi definisi baru bagi beberapa bab nahu, 5)menggugurkan perincian dan tambahan yang tidak penting, serta 6)menambah beberapa perkara yang penting bagi membantu pelajar memahami struktur nahu Arab secara keseluruhan. Buku “Tajdi:d al-Nahw” merupakan model nahu simplifikasi yang terbentuk daripada enam asas simplifikasi nahu oleh Shawqi: Dayf. Manakala buku "Taysi:r al-Nahw al-Ta‘l:imiyy" yang ditulis selepas itu merupakan sokongan kepada buku yang pertama. Shawqi: Dayf menulis buku yang kedua ini supaya para pengkaji dapat memahami dengan lebih mendalam tentang simplifikasi nahu yang beliau lakukan. Simplifikasi nahu yang dilakukan oleh Shawqi: Dayf ini banyak dipengaruhi oleh teori nahu Ibn Mada:‟. Keenam-enam asas simplifikasi nahu beliau dilihat mempunyai kesan daripada teori tersebut. Beliau juga mengambil pendapat sarjana nahu Arab tradisional lain seperti pendapat sarjana nahu aliran Kufah, Sibawayh, dan Abu „Ali al-Fa:risiyy untuk melaksanakan simplifikasi nahu beliau. Berdasarkan penilaian antara asas simplifikasi nahu yang dinyatakan oleh Shawqi: Dayf dengan pelaksanaan dalam buku "Tajdi:d al-Nahw", terdapat pencanggahan antara asas simplifikasi nahu beliau dengan pelaksanaan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Analisis; Simplifikasi; Nahu Arab; Shawqi; Dayf
    Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 24 Jul 2015 10:32
    Last Modified: 24 Jul 2015 10:32
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5683

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item