Nadarajah, Devika (2013) Fostering sustainable competitive advantage through business process management / Devika a/p Nadarajah. PhD thesis, University of Malaya.
Abstract
Organisasi kian berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menangani operasi harian dan berjuang untuk mendahului pesaing-pesaing yang lain. Pengurusan proses perniagaan atau BPM boleh membantu dalam membina dan menggalakkan ketahanan daya saing atau SCA. Kajian ini menyelidik BPM dengan menggunakan dynamic capability theory, contingency theory dan task-technology fit theory sambil menggunakan kaedah penyelidikkan qualitative dan quantitative. Tesis ini menyelidik hubungan antara BPM dan SCA. Tesis ini juga mengkaji penentu-penentu BPM ke atas SCA. Antara penentu yang dimaksudkan adalah structural alignment, strategic alignment, IT capability dan process flexibility. Kaedah focus group discussion digunakan untuk membina instrument kajian untuk process flexibility manakala kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada organisasi-organisasi di Malaysia. Analysis data dilakukan dengan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Keputusan daripada kajian ini mendedahkan bahawa BPM berhubungkait dengan SCA dan structural alignment, strategic alignment dan process flexibility adalah penentu-penentu BPM untuk SCA. IT investment pula berfungsi sebagai moderator dalam hubungan BPM dan SCA. Akhir kata, tesis ini memberi sumbangan dari segi teori, penkaedahan dan praktik.
Actions (For repository staff only : Login required)