Junaidy, Athaillah (2012) Al-Sakkakiy dan peranannya dalam perkembangan ilmu balaghah / Athaillah bin Junaidy. PhD thesis, University of Malaya.
Abstract
Tesis ini berjudul “AL-SAKKAKIY DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN ILMU BALAGHAH”. Fokus utama dalam kajian ini ialah meneliti dan meninjau sejauh mana peranan al-Sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah. Untuk merealisasikan objektif kajian ini penulis telah mengumpulkan data-data dengan menggunakan metode dokumentasi dan persejarahan. Metode ini digunakan untuk mencari, mendapat dan menilai keabsahan dokumen yang berkaitan dengan subjek kajian. Antara dokumen yang berkaitan ialah penulisan-penulisan yang berkaitan dengan al-Sakkky dan karya-karya dalam bidang balaghah. Dalam menganalisis data yang terkumpul penulis menggunakan metode deduktif, induktif dan komparatif. Dalam kajian ini penulis mengemukakan latar belakang ilmu balaghah, termasuk definisi balaghah, pembahagian ilmu balaghah, peranan ilmu balaghah dan kedudukannya dalam bahasa Arab, sejarah ringkas pertumbuhan ilmu balaghah, dan pengasas ilmu balaghah, Di samping itu penulis mengemukakan serba ringkas mengenai biografi al-Sakkakiy, termasuk kelahirannya, pendidikannya, pengikutnya, karyanya, pengaruhnya dalam bidang balaghah, metodologinya dalam Miftah al-‘Ulum dan komen para ulama silam dan terkini terhadapnya. Seterusnya penulis juga memperkenalkan tokoh-tokoh balaghah sebelum al-Sakkakiy, khasnya Ibn al-Mu„tazz, Usmat bin Munqidh dan al-Jurjny. Kemudian penulis mengemukakan aspek-aspek balaghah yang dibincangkan oleh al-Sakkakiy dalam kitab Miftah al-‘Ulum iaitu satu-satunya karya beliau yang membincangkan bidang balaghah. Penulis mendapati bahawa peranan al-Sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah adalah sangat besar sekali. Beliau adalah pelopor yang membahagikan ilmu balaghah kepada tiga bahagian, iaitu; ilmu ma„ani, ilmu bayan dan ilmu badi„. Beliau juga merupakan orang pertama yang membincangkan bidang balaghah secara sistematik dan berbeza dengan perbahasan-perbahasan sebelumnya, sehingga karyanya Mift al-‘Ulm mendapat perhatian besar daripada para ulama selepasnya, seperti Badr al-Dn bin Mlik, al-Qazwny dan banyak lagi.
Actions (For repository staff only : Login required)