Pembinaan profil amalan terbaik organisasi pembelajaran untuk sekolah Malaysia / Rosnah bt Ishak

Ishak, Rosnah (2013) Pembinaan profil amalan terbaik organisasi pembelajaran untuk sekolah Malaysia / Rosnah bt Ishak. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (83Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (200Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1759Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini bertujuan membina profil amalan terbaik organisasi pembelajaran untuk sekolah Malaysia. Amalan organisasi pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada amalan organisasi dalam merancang dan menguruskan pembelajaran guru serta kakitangan bagi menyediakan mereka dengan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan perubahan pendidikan yang dinamik melalui kesepakatan visi dan misi, penyediaan iklim dan struktur serta aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berterusan. Kajian pembinaan profil ini dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama bertujuan menentukan keperluan membina profil amalan terbaik organisasi pembelajaran kepada sekolah. Fasa kedua membina senarai amalan terbaik organisasi pembelajaran dalam konteks sekolah Malaysia. Manakala, fasa ketiga bertujuan membina profil daripada senarai amalan dalam fasa kedua serta menilai profil tersebut. Kutipan data bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan melibatkan 24 orang pemimpin sekolah secara temu bual separa berstruktur. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kualitatif. Bagi fasa kedua iaitu fasa reka bentuk, data dikutip menggunakan teknik Delphi tiga sesi pusingan. Bagi sesi pusingan pertama, seramai 15 orang pakar telah ditemu bual. Dapatan temu bual dianalisis menggunakan kaedah kualitatif melibatkan proses mereduksi, mengkod dan mengkategorikan data. Item yang dikenal pasti digunakan bagi membentuk soal selidik untuk sesi pusingan kedua dan ketiga. Data bagi sesi pusingan kedua dan ketiga Delphi dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu mod, median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Selanjutnya, kutipan data bagi fasa ketiga iaitu fasa penilaian melibatkan kajian tinjauan terhadap 321 orang guru Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20.0 dan AMOS versi 20.0 melibatkan kaedah statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta kaedah statistik inferensi iaitu Ujian Mann-Whitney U dan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan keseluruhan peserta kajian bersetuju mengenai keperluan kajian. Bagi fasa reka bentuk pula, panel pakar telah mencapai kesepakatan terhadap lima dimensi amalan yang merangkumi 22 elemen dan 160 amalan bagi membina profil amalan terbaik organisasi pembelajaran untuk sekolah Malaysia (mod=5, med=5, JAK=0.00-1.00). Lima dimensi tersebut ialah visi dan misi organisasi, iklim dan struktur organisasi, kepimpinan organisasi, pembelajaran individu dan budaya pembelajaran kolektif. Dapatan kajian bagi fasa penilaian menemui sebanyak seratus 158 daripada 160 amalan organisasi pembelajaran dilaksanakan pada tahap tinggi (skor min >3.67). Ujian Mann-Whitney U mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara dua jenis SBT dalam melaksanakan amalan organisasi (p <.05). Profil amalan organisasi pembelajaran untuk sekolah Malaysia yang dibina adalah signifikan berasaskan kesepadanan model persamaan struktural modifikasi dengan data kajian (NFI, RFI, IFI, TFI, CFI >.90, RMSEA <.06, skor Squared Multiple Correlations = 39.2- 86.7 peratus) dalam SEM. Kajian ini mencadangkan profil yang dibina dijadikan sebagai garis panduan pembentukan budaya belajar dalam dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah bagi meningkatkan keupayaan diri dan kecemerlangan sekolah.

        Item Type: Thesis (PhD)
        Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Education, University of Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Organizational learning--Standards--Malaysia; Organizational learning--Malaysia--Management; School management and organization--Standards--Malaysia
        Subjects: L Education > L Education (General)
        L Education > LB Theory and practice of education
        Divisions: Faculty of Education
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 15 Jul 2015 10:09
        Last Modified: 15 Jul 2015 10:09
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5748

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item