Sidek, Dasima (2015) Keberkesanan pendidikan syariah Islamiah terhadap pergaulan pelajar : kajian di sekolah menengah di Kuala Terengganu / Dasima binti Sidek. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (31Kb) | Preview | |
| PDF Download (80Kb) | Preview | |
| PDF Download (282Kb) | Preview | |
| PDF Download (1312Kb) | Preview | |
| PDF Download (1650Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (339Kb) | Preview |
Abstract
Kajian tentang keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) terhadap pergaulan pelajar di sekolah menengah dilakukan berdasar kepada wujudnya permasalahan sosial dan jenayah dalam kalangan pelajar yang begitu meruncing. Adakah permasalahan tersebut disebabkan oleh pembelajaran PSI kurang berkesan atau terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya pelanggaran batas akhlak pelajar dalam pergaulan mereka. Bertepatan dengan objektif kajian yang disasarkan iaitu perlunya membuat penyelidikan pandangan fuqaha’ tentang pergaulan dalam Islam sebagai sandaran kajian. Proses menilai keberkesanan kurikulum PSI terhadap pergaulan pelajar dan kajian sebab-sebab sebenar pelanggaran batas pergaulan pelajar juga dilakukan untuk memenuhi tuntutan kajian ini. Dalam kajian ini, metode soal selidik dipilih dan dilakukan terhadap pelajar tingkatan lima di dua buah sekolah menengah di Kuala Terengganu iaitu, SMKA Tok Jiring dan SBPI Batu Rakit. Hasil kajian ini mendapati bahawa PSI masih lagi berkesan dalam konteks membataskan pergaulan pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa punca sebenar pelanggaran batas pergaulan didominasi oleh faktor luaran berbanding faktor dalaman. Aspek kefahaman pelajar terhadap kurikulum PSI adalah tinggi, sementara tahap penghayatannya pula adalah sederhana. Justeru, beberapa langkah penambahbaikan yang disarankan perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap tersebut.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Syariah) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015 |
Uncontrolled Keywords: | Islamic law--Study and teaching (Secondary)--Malaysia--Terengganu; Social interaction--Malaysia--Terengganu; Education, Secondary--Malaysia--Terengganu |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > L Education (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 28 Oct 2015 17:13 |
Last Modified: | 28 Oct 2015 17:13 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5758 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |