Analisis etnografi dan semiotik sosial pertuturan masyarakat Seletar / Samsur Rijal bin Yahaya

Yahaya, Samsur Rijal (2015) Analisis etnografi dan semiotik sosial pertuturan masyarakat Seletar / Samsur Rijal bin Yahaya. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (240Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (3529Kb) | Preview

      Abstract

      Penyelidikan mengenai bahasa-bahasa orang asli di seluruh dunia sebenarnya adalah suatu usaha untuk menyelamatkan bahasa-bahasa ini daripada diancam kepupusan. Namun begitu, usaha menyelamatkan sesuatu bahasa ini hanyalah merupakan salah satu daripada sekian banyak tujuan murni yang ada. Objektif kajian yang ingin dicapai ialah (1) untuk menghuraikan jenis-jenis wacana yang terdapat dalam pertuturan masyarakat Seletar, (2) untuk mendeskripsikan ketiga-tiga unsur gaya yang terdapat dalam pertuturan ini, dan (3) untuk menganalisis pertuturan masyarakat Seletar dari aspek modaliti, dan (4) untuk menghuraikan etnografi masyarakat Seletar. Penyelidikan ini menampilkan Teori Semotik Sosial, Etnografi, Demografi dan Visual Antropologi bagi memperolehi kajian yang holistic. Pembahasan mengenai pertuturan ini akan dibuat dengan mengetengahkan teks-teks tertentu yang menurut pandangan Semiotik Sosial merupakan suatu proses sosial yang terjadi dalam in situ kehidupan harian. Bidang Etnografi dan Demografi menyediakan data berkisar tentang organisasi masyarakat, budaya, agama dan kepercayaan, ekonomi, pendidikan, kematian dan kelahiran, perkahwinan dan rutin harian setiap anggota masyarakat ini. Visual Antropologi merakam semua aspek kehidupan ini dan menyediakan rakaman video, audio dan gambar pegun. Dapatan Kajian tersedia dalam dua bentuk. Pertama ialah Dapatan Etnografi yang merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat ini termasuklah statistik mengenai beberapa aspek yang telah dinyatakan di atas. Kedua ialah Dapatan Semiotik Sosial yang berlandaskan kepada objektif kajian yang ingin dicapai. Teks-teks ini dianalisis berdasarkan tiga sumber semiotik iaitu wacana, gaya dan modaliti. Bahagian akhir dari penyelidikan ini akan membincangkan tentang kesimpulan penyelidikan. Pada bahagian ini, Kesimpulan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu istimewa, umum dan khusus. Pembentangan pada bahagian istimewa ini membincangkan tentang keunggulan penerapan pendekatan multidisiplin dalam penyelidikan terhadap Bahasa-bahasa yang diancam pupus. Bahagian umum pula membincangkan penemuan-penemuan secara tidak langsung yang diperolehi yang bukan merupakan objektif kajian. Sementara bahagian khusus ialah penemuan-penemuan yang sememangnya dijangka, dikehendaki berdasarkan objektif kajian.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
      Uncontrolled Keywords: Analisis; Etnografi; Semiotik; Sosial pertuturan; Seletar
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 29 Jul 2015 10:08
      Last Modified: 29 Jul 2015 10:08
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5768

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item