Keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam pengajaran bahasa Arab program j-QAF / Habibah binti Mhd. Said

Mhd. Said, Habibah (2012) Keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam pengajaran bahasa Arab program j-QAF / Habibah binti Mhd. Said. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (148Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1390Kb) | Preview

      Abstract

      Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif (PK) di dalam pengajaran Bahasa Arab program j-QAF dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai Bahasa Arab. Datadata yang diperlukan dalam kajian ini diperolehi melalui ujian pra dan pos, pemerhatian dan soal selidik terhadap 40 orang murid yang merupakan sampel kajian. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan selama 2 bulan iaitu sebanyak 8 kali pengajaran menerusi kaedah yang dikaji. Seterusnya data ujian pra dan pos dianalisis menggunakan program SPSS bagi mengukur pencapaian di antara sampel sebelum dan selepas mereka melalui PK. Manakala data pemerhatian dianalisis secara manual bagi menunjukkan perbandingan di antara jantina dari segi pencapaian, tingkahlaku dan kesediaan menjawab soalan dan ianya dijelaskan melalui graf dan data soal selidik dinilai melalui peratus bagi melihat sikap serta motivasi murid di dalam pembelajaran Bahasa Arab menggunakan kaedah koperatif. Dapatan kajian secara amnya menunjukkan kaedah PK yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian murid keseluruhannya. Ianya didapati sangat berkesan kerana mereka juga dapat bekerjasama dan mengamalkan kemahiran sosial di antara mereka di mana min soal selidik tersebut menunjukkan nilai purata yang tinggi iaitu 4.7 Begitu juga dengan harapan terhadap kaedah PK untuk dilaksanakan lagi pada masa akan datang menunjukkan sikap positif berada pada tahap yang tinggi dengan min (purata) 4.85. Secara keseluruhannya, kebanyakan murid yang telah melalui PK menerima baik perlaksanaan PK. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa PK wajar digunakan sebagai satu strategi P&P di dalam subjek Bahasa Arab bagi meningkatkan prestasi murid.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2012
      Uncontrolled Keywords: Arabic language--Study and teaching (Primary)--Malaysia--Methodology; Islamic religious education--Malaysia; Group work in education--Malaysia
      Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 07 Aug 2015 13:11
      Last Modified: 07 Aug 2015 13:11
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5819

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item