Penguasaan kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di peringkat kolej universiti / Abdul Razif bin Zaini

Zaini, Abdul Razif (2015) Penguasaan kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di peringkat kolej universiti / Abdul Razif bin Zaini. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (6Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (489Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (4Mb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (805Kb) | Preview

          Abstract

          Kecekapan dalam kemahiran berbahasa sangat bergantung kepada saiz kosa kata (SKK) yang dimiliki oleh seseorang individu. Kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (SLA) mengesyorkan penguasaan sekurang-kurangnya 2000 perkataan berfrekuensi tinggi. Justeru, kajian kuantitatif ini dijalankan dengan tujuan mengukur SKK bahasa Arab pelajar, menganalisis hubungannya dengan kecekapan bertutur, menerangkan faktor perbezaan indivdu yang berhubung dengannya serta mengenal pasti strategi pembelajaran kosa kata yang diamalkan oleh kelompok dikaji. Bagi tujuan pengumpulan data, borang soal selidik, Ujian Tahap Kosa Kata Bahasa Arab (aVLT) dan Ujian Kecekapan Lisan Bahasa Arab (aSOPI) ditadbir. Sampel kajian terdiri daripada 227 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang ditentukan menerusi kaedah persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences V20.0 (SPSS). Ujian-T, Korelasi Pearson, Korelasi Spearman, dan ANOVA adalah alat statistik yang digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa SKK bahasa Arab bagi pelajar Melayu secara purata berada di bawah paras yang disyorkan iaitu 1231 patah perkataan. Dapatan kajian turut membuktikan wujudnya hubungan yang signifikan antara SKK dengan kemahiran bertutur. Beberapa faktor dikenalpasti mempunyai hubungan dengan SKK pelajar sekaligus mengukuhkan kepentingan SKK dalam konteks pembelajaran di peringkat IPT di Malaysia. Kajian mencadangkan model pembelajaran kosa kata secara kendiri bersandarkan kepada faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai usaha memperkasa SKK pelajar pada masa hadapan.

          Item Type: Thesis (PhD)
          Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
          Uncontrolled Keywords: Penguasaan; Kosa kata; Bahasa Arab; Pelajar; Melayu; Kolej universiti
          Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
          Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 08 Sep 2015 14:58
          Last Modified: 08 Sep 2015 14:58
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5868

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item