Pengajaran pendidikan hak wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia / Sharifah Nooraida binti Wan Hasan

Wan Hasan, Sharifah Nooraida (2015) Pengajaran pendidikan hak wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia / Sharifah Nooraida binti Wan Hasan. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (28Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (4Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (4Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (185Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (554Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (5Mb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF (Full Text)
              Download (202Kb) | Preview

                Abstract

                Selama lebih dari 57 tahun selepas kemerdekaan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa tiada kursus khusus bagi kurikulum pendidikan hak-hak wanita Islam di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Walau bagaimanapun, pengajaran hak-hak wanita Islam telah didedahkan dalam satu subtajuk yang diajar melalui kurikulum wajib sepanjang satu semester. Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pengetahuan, peranan dan pelaksanaan pendidikan hak-hak wanita Islam berdasarkan persepsi para pensyarah. Kajian menggunakan kaedah mixed methods berbentuk penjelasan berterusan telah mengenal pasti pendedahan hak-hak wanita Islam dalam kurikulum 'Pengajian Islam 2' dan 'Pengenalan Ilmu Fiqh’. Responden merupakan pensyarah yang telah berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2013. Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian dengan memperolehi keputusan kuantitatif daripada 60 orang pensyarah dan diikuti dengan empat responden yang sama dalam fasa kualitatif yang seterusnya, dipilih bertujuan untuk meneroka hasil kajian dengan lebih mendalam. Dalam fasa kuantitatif, statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam menganalisis data soal selidik menggunakan perisian SPSS. Dalam fasa kualitatif seterusnya, temu bual dan pemerhatian dilaksanakan dengan menganalisis kod dan tema menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara pengetahuan, peranan pensyarah dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan hak-hak wanita Islam di IPG berdasarkan ujian korelasi Spearman rho. Minat yang mendalam serta galakan yang memberansangkan telah ditunjukkan oleh para pensyarah dalam mengaitkan isi pelajaran kepada guru pelatih. Dapatan kajian juga turut memberi sumbangan dalam pendidikan hak-hak wanita Islam terutamanya bagi para pensyarah di IPG dalam usaha mendidik wanita Islam tentang hak-hak mereka. Adalah menjadi satu kepentingan bagi para pendidik dalam mencari pendekatan yang sesuai dalam memupuk kefahaman agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

                Item Type: Thesis (PhD)
                Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
                Uncontrolled Keywords: Pengajaran; Pendidikan; Hak wanita; Islam; Institut Pendidikan Guru; Malaysia
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
                Divisions: Academy of Islamic Studies
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 08 Sep 2015 14:55
                Last Modified: 08 Sep 2015 14:55
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5869

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item