Mushwh, Sahban Farouk (2010) Surat al-Rahman : dirasah bayaniyah / Sahban Farouk Mushwh. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Penulis akan membincangkan di dalam kajiannya; “Surah ar-Rahman: Tafsir Bayaniyyah” perbincangan tafsir dan takwil dan perbezaan antara keduanya. Penulis berpendapat bahawa perbezaan antara keduanya seolah-olah sudah tiada pada masa kini kecuali beberapa penemuan di dalam kajian-kajian dan tesis sahaja. Penulis membincangkan beberapa metod penafsiran al-Quran. Penulis membincangkan secara khusus metod penafsiran “al-Bayani” (Satu kaedah memahami makna sesuatu ungkapan di dalam bahasa arab dalam ilmu balaghah) pada fasa kedua dalam kajiannya. Kajian dimulakan dengan perbincangan maksud kepada “Tafsir Bayani”. Kajian diteruskan dengan sejarah permulaan dan perkembangannya yang bermula dari zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya. Ia diteruskan dengan usaha para ulama selepas itu dan diteruskan oleh Imam Muhamad Abduh dengan gagasan baru pemikirannya. Beliau memberikan sumbangan yang amat besar dalam peningkatan pembelajaran ilmu Islam khususnya al-Quran. Penulis mengakhiri fasa ini dengan menyebut berapa contoh ulama terkini dan usaha mereka dalam bab ini. Pada bab yang ketiga, penulis menjelaskan tentang Surah ar-Rahman secara ringkas seterusnya menjelaskan beberapa perkara yang penting dalam surah ini. Penulis mendatangkan beberapa perbincangan ulama tentang “makkiyyah” atau “madaniyyah” surah ini dan berpendapat bahawa surah ini adalah “makkiyyah”. Ini berdasarkan kepada konteks ayat dalam surah ini, perbincangkan-perbincangannya, dan melihat kepada topik–topik utama dalam surah ini. Fasa yang keempat adalah fasa utama dalam kajian ini. Penulis mengkaji penafsiran secara “bayani” pada surah ini. Metodnya ialah; mencari perkataan yang kurang jelas maksudnya, cari perkataan yang sama dalam surah ini atau di dalam al-Quran dan mencari maknanya. Kajian juga dijalankan terhadap pemilihan perkataan dalam surah ini dan rahsia yang tersembunyi disebaliknya. Seterusnya penulis cuba mencari rahsia disebalik susunan perkataan dan penghapusan beberapa perkataan dalam surah ini. Kajian adalah secara umum dan tidak membincangkan secara mendalam dalam ilmu balaghah. Bab terakhir dalam fasa ini membincangkan secara khusus sebab pengulangan perkataan dalam al-Quran. Dibincangkan maksud pengulangan, bentuknya dan tujuan darinya. Penulis mendatangkan perbincangan ulama pada penamaannya dan maksud darinya. Seterusnya penulis mengkaji pengulangan beberapa perkataan dalam Surah ar-Rahman dan beberapa contoh lain dalam al-Quran. Kajian diakhiri dengan penutup dan beberapa hasil kajian dan cadangan.
Actions (For repository staff only : Login required)