Analisis sintaksis penggunaan partikel ma dalam Surah At-Taubah / Mashitah binti Nordin

Mashitah, Nordin (2015) Analisis sintaksis penggunaan partikel ma dalam Surah At-Taubah / Mashitah binti Nordin. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Full Text)
Restricted to Repository staff only until 29 June 2017.

Download (1854Kb)

    Abstract

    Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran al-Karim dan merupakan satu-satunya bahasa yang mampu untuk sampai kepada ketajaman fikiran. Ilmu bahasa Arab ini adalah merupakan satu kesenian yang mana kita dapat mengetahui keadaan perkataan-perkataan bahasa Arab itu sama ada berbentuk tunggal atau pun tersusun. Manakala ilmu nahu pula merupakan ilmu yang membolehkan kita mengetahui keadaan akhir perkataan itu sama ada berubah atau tetap dan juga mengetahui apa-apa yang berkaitan dengan sistem tatabahasa bahasa Arab. Dalam kajian disertasi ini, penulis memilih satu daripada tajuk dalam tatabahasa Arab iaitu penggunaan mā dalam surah at-Taubah. Penulis menghuraikan kategori pembahagian mā dalam Bahasa Arab iaitu mā harfiyyatt dan mā ismiyyatt. Kemudian penulis menghuraikan pula jenis-jenis mā dalam bahasa Arab mengikut kategori mā tersebut iaitu harfiyyatt dan ismiyyatt. Penulis telah menggunakan beberapa kitab nahu dan tafsir untuk dijadikan rujukan. Pendapat ulama-ulama juga diambil kira dalam menentukan sampel ayat agar objektif kajian ini tercapai. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan mā banyak terdapat dalam surah at-Taubah. Antara mā yang kerap digunakan dalam surah ini ialah mā al-mawsūlatt, mā al-nāfiyatt dan mā al-zā‟idatt. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat dua jenis mā yang tidak terkandung dalam surah at-Taubah iaitu mā al-ta„ajjubiyyatt dan mā nakiratt al-tammatt.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Analisis sintaksis; Partikel ma; Surah At-Taubah
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 Nov 2015 15:52
    Last Modified: 20 Nov 2015 15:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6019

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item