Hashim, Muhammad Faisal (2013) Analisis kesopanan bahasa masyarakat Arab di dalam animasi tanah liat / Muhammad Faisal bin Hashim. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (57Kb) | Preview | |
| PDF Download (581Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai kesopanan masyarakat Arab yang terdapat di dalam animasi tanah liat Arab. Hal ini kerana kesopanan merupakan aspek yang penting di dalam sesuatu komunikasi. Melalui kesopanan, ia dapat melihat kesesuaian ungkapan-ungkapan tersebut berdasarkan kepada konteks perbualan atau situasi. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman terhadap budaya masyarakat Arab bertutur dan mengelak daripada berlakunya salah faham atau maklumat. Persoalan yang timbul ialah adakah ungkapan-ungkapan sopan yang terdapat di dalam animasi mematuhi Prinsip Kesopanan Leech? Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat unsur-unsur kesopanan yang terdapat di dalam animasi tanah liat Arab dan mengkaji ungkapan-ungkapan sopan mematuhi Prinsip Kesopanan Leech. Ungkapan-ungkapan sopan tersebut dianalisis mengikut Prinsip Kesopanan Leech yang terdiri daripada Maksim Santun, Maksim Kerendahan Hati, Maksim Simpati, Maksim, Persetujuan, Maksim Sokongan dan Maksim Kedermawaaan. Penggunaan Prinsip Kesopanan Leech adalah kerana terdapat banyak ungkapan-ungkapan sopan di dalam masyarakat Arab mematuhi Prinsip Kesopanan Leech berbanding model kesopanan yang lain. Metodologi kajian ini ialah metodologi kajian perpustakaan dan analisis. Dapatan umum kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak ungkapan-ungkapan sopan di dalam animasi tersebut mematuhi Prinsip Kesopanan Leech. Ungkapan-ungkapan tersebut sesuai diketengahkan dan diaplikasikan oleh para pelajar dan membantu membantu para pelajar memahami budaya masyarakat Arab ketika bertutur.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (S.P.B.M.) -- Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 2013 |
Uncontrolled Keywords: | Politeness (Linguistics); Arabic language; Sociolinguistics |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PB Modern European Languages |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Ms Juhaida Abd Rahim |
Date Deposited: | 02 Dec 2015 12:38 |
Last Modified: | 02 Dec 2015 12:38 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6089 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |