Pola nada bahasa cina murid sekolah jenis kebangsaan cina / Hoo Sze Hooi

Hoo, Sze Hooi (2013) Pola nada bahasa cina murid sekolah jenis kebangsaan cina / Hoo Sze Hooi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (2882Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola nada murid-murid tahun tiga di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Selain itu, kajian ini membandingkan pola nada mengikut jantina dan bahasa yang digunakan oleh murid di rumah sejak kecil, iaitu bahasa Cina atau bahasa Inggeris. Kaedah pengumpulan data kajian ini adalah merakam pembacaan perkataan uji oleh subjek. Seramai 60 orang murid tahun tiga dipilih secara rawak mudah sebagai subjek kajian. Perkataan yang diuji dalam kajian ini ialah silabel tunggal yang dipilih dari buku teks Bahasa Cina tahun tiga. Analisis kajian ini dilakukan dengan menggunakan perisian Mini Speech Lab (2.0) yang mempunyai fungsi rakaman dan analisis nada. Analisis menunjukkan purata nilai nada pertama subjek ialah 44, iaitu lebih rendah daripada yang standard (nilai nada 55) dan menurun sedikit di bahagian akhir nada. Nada kedua subjek berbentuk lengkuk dengan purata nilai nada 324. Di samping itu, kajian ini mendapati subjek lebih cenderung menggunakan nada ketiga separuh dengan purata nilai nada 31 manakala nada keempat subjek berbentuk terus menurun dengan purata nilai nada 51. Perbandingan antara jantina pula menunjukkan bahawa nilai nada bagi subjek perempuan lebih tinggi daripada nilai nada bagi subjek lelaki apabila mereka mengujar nada pertama dan nada keempat. Perbezaan signifikan antara subjek lelaki dan subjek perempuan berlaku pada keempat-empat nada. Perbandingan antara subjek yang menggunakan bahasa Cina dan bahasa Inggeris di rumah menunjukkan bahawa perbezaan signifikan berlaku pada nada pertama dan nada kedua. Akhirnya, dapatan ini menunjukkan penguasaan pengujaran nada pertama dan nada keempat subjek adalah lebih baik daripada nada kedua dan nada ketiga.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Ling.) -- Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Auditory perception; Chinese language--Study and teaching (Primary)--Malaysia; Chinese language--Tone--Study and teaching (Primary)--Malaysia; Chinese language--Phonology--Malaysia
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Ms Juhaida Abd Rahim
    Date Deposited: 03 Dec 2015 17:15
    Last Modified: 03 Dec 2015 17:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6112

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item