Bantuan pembangunan rasmi Jepun ke Malaysia 1966-2010 : Impak ke atas pembangunan sosioekonomi Malaysia / Mohd Ikbal bin Mohd Huda

Mohd Huda, Mohd Ikbal (2015) Bantuan pembangunan rasmi Jepun ke Malaysia 1966-2010 : Impak ke atas pembangunan sosioekonomi Malaysia / Mohd Ikbal bin Mohd Huda. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (480Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (7Mb) | Preview

      Abstract

      Penyelidikan ini mengkaji Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) Jepun ke Malaysia dari tahun 1966 hingga 2010 serta impaknya ke atas pembangunan sosioekonomi Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu, pertama; menganalisis ODA Jepun ke Malaysia selama 44 tahun dalam tiga kategori bantuan iaitu pinjaman yen, bantuan teknikal serta bantuan geran, kedua; menilai impak ODA Jepun ke atas pembangunan sosioekonomi di Malaysia dan ketiga; menganalisis signifikasi ODA Jepun terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan berterusan di Malaysia. Dalam tempoh 44 tahun ODA Jepun ke Malaysia, komitmen sebanyak USD2,780.01 juta ODA telah disalurkan bagi melaksanakan 395 projek keseluruhan. Komitmen bantuan teknikal adalah yang terbesar iaitu sebanyak USD1,440.35 juta diikuti pinjaman yen sebanyak USD1,242.45 juta, manakala bantuan geran adalah yang terkecil iaitu sebanyak USD97.21 juta. Bagi menilai impak kecekapan bantuan terhadap prestasi berterusan pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, analisis ke atas tiga sektor utama iaitu tenaga, komunikasi dan sumber manusia dilakukan kerana menjadi penerima ODA paling dominan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data-data sekunder di kumpul melalui kajian perpustakaan. Manakala data-data premier diperoleh dari kaedah temubual semi struktur dengan pakar politik dan ekonomi Malaysia serta sumber arkib di Malaysia dan Jepun. Kajian mendapati bahawa penyaluran 44 tahun ODA Jepun ke Malaysia meninggalkan tujuh impak yang signifikan. Pertama, ODA berjaya mewujudkan situasi menang-menang di atas faktor kesalingbergantungan Kuala Lumpur-Tokyo. Kedua, ODA menjadi pemangkin kepada projek-projek ekonomi baharu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada sektor swasta untuk terus berkembang. Ketiga, ODA Jepun sebagai instrument yang mengukuhkan hubungan ekonomi Kuala Lumpur-Tokyo. Keempat, sentimen anti Jepun tidak mengganggu gugat hubungan bilateral Malaysia-Jepun. Kelima, Malaysia sebagai model kejayaan ODA Jepun kepada negara dunia ketiga. Keenam, ODA berjaya mewujudkan projek-projek mega serta berprofil tinggi. Ketujuh, projek ODA perlu disokong penuh oleh setiap pemimpin tanpa mengira ideologi politik. Secara keseluruhannya, ODA antara bantuan yang kondusif kerana telah memenuhi keperluan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek pembangunan sosioekonomi di Malaysia, manakala kepada Jepun, ODA merupakan instrumen yang diadaptasi bagi menjaga kepentingan nasional dalam hubungan diplomasi kedua-dua negara. Kesimpulannya, disertasi ini menerima hujahan teoritikal kesalingbergantungan apabila ODA Jepun yang mula disalurkan ke Malaysia selepas sembilan tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dimeterai, melambangkan kematangan diplomasi kedua-dua negara atas konsep “timbal-balik”. Konsep “timbal-balik” amat relevan bagi menginterpretasi ODA Jepun ke Malaysia kerana pola interaksi bilateral tersebut menjadi lebih kompleks dengan wujudnya hubungan salingbergantung antara Kuala Lumpur-Tokyo bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2015
      Uncontrolled Keywords: Bantuan; Pembangunan rasmi; Jepun; Malaysia; 1966-2010; Impak; Sosioekonomi; Malaysia
      Subjects: D History General and Old World > DS Asia
      H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 08 Jan 2016 17:49
      Last Modified: 08 Jan 2016 17:49
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6126

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item