Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh

Siti Fatimah, Salleh (2015) Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3527Kb) | Preview

    Abstract

    Kedudukan kandungan syariat Islam yang mengandungi hukum dalam bentuk pengekalan dan perubahan telah mengambil kira faktor perubahan sosial yang melibatkan masa dan tempat bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga imam mujtahid. Jaringan penelitian ini diteruskan oleh mujtahid kontemporari dalam membina hukum yang bersifat holistik. Dalam menganalisis sesuatu hukum fiqh semasa, pengambilkiraan faktor perubahan sosial perlu diraikan agar sesuatu hukum menepati syariat dan bersifat anjal dalam masyarakat berasaskan piawaian metodologi ijtihad yang dianjurkan oleh mujtahid kontemporari. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisis implikasi faktor perubahan sosial terhadap isu-isu semasa fiqh wanita dan kaitannya dengan kelestarian atau transformasi hukum. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Data-data dalam kajian ini diperolehi melalui kajian perpustakaan dan lapangan. Kajian perpustakaan digunakan dengan merujuk karya-karya yang didokumentasikan melalui media cetak mahupun elektronik. Manakala metode lapangan ialah dengan menemubual pihak yang bertanggungjawab dalam bidang berkaitan. Bagi menganalisis semua data yang telah dikumpul, kaedah perbandingan antara mazhab, kaedah analisis kandungan dan analisis hukum diadaptasi dalam kajian ini. Penemuan ini membuktikan berlaku kelestarian hukum, transformasi hukum, penentuan hukum baharu dan inovasi hukum ekoran perubahan sosial yang berlaku. Antara isu fiqh wanita yang corak pelaksanaan hukumnya lestari adalah seperti isu perbelanjaan gaji isteri berkerjaya oleh suami serta hak nafkah isteri. Manakala isu fiqh wanita yang berlaku transformasi hukum antaranya seperti isu penentuan kadar zakat emas perhiasan wanita. Selain itu, isu pengambilan suntikan hormon sintetik dalam penyusuan dinilai hukumnya sebagai hukum baharu dan isu yang dikategorikan sebagai inovasi pada hukumnya iaitu isu pengambilan ibu susuan. Penemuan ini juga telah membuktikan dengan jelas bahawa faktor perubahan sosial yang melibatkan kehidupan sosial masyarakat mempunyai peranan yang memberi implikasi serta iii pengaruh terhadap penentuan hukum fiqh wanita semasa. Hasil kajian ini menjadi perintis dalam usaha memartabatkan hak dan maruah wanita selaras dengan gagasan yang diperjuangkan oleh baginda SAW dalam usahanya menangkis nilai kebejatan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Fiqh wanita; Islamic; Women
    Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 03 Mar 2016 15:15
    Last Modified: 03 Mar 2016 15:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6148

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item