Pembangunan modul bioteknologi bagi mata pelajaran biologi sekolah menengah / Rashidah Begum Gelamdin

Rashidah Begum, Gelamdin (2016) Pembangunan modul bioteknologi bagi mata pelajaran biologi sekolah menengah / Rashidah Begum Gelamdin. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Bioteknologi bagi mata pelajaran Biologi sekolah menengah. Kajian pembangunan ini berasaskan Model Pengajaran Isman yang melibatkan fasa input, proses, output dan maklum balas serta Sembilan Langkah Pengajaran Gagne berkaitan dengan proses pengajaran. Dalam fasa input, analisis keperluan melibatkan sesi temu bual guru Biologi Tingkatan empat dan lima dan soal selidik kepada pelajar Tingkatan lima; penentuan tahap pengetahuan teknologi, pedagogi dan bioteknologi guru Biologi serta analisis kandungan sukatan pelajaran Biologi dari negara Indonesia, China (Hong Kong), Singapura dan Malaysia. Fasa proses melibatkan proses pembangunan Modul Bioteknologi melalui penggunaan dua pusingan satu Teknik Delphi Ubahsuaian. Fasa output melibatkan pelaksanaan dan penilaian Modul Bioteknologi didahului dengan satu kajian rintis. Ini disusuli dengan kaedah penyelidikan secara kuasi eksperimen melibatkan aktiviti pengajaran sebenar selama 10 minggu menggunakan dua sekolah dengan dua buah kelas di setiap sekolah yang setiap satunya dijadikan sebagai kumpulan kawalan dan rawatan. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah di jalur (band) dua dengan pelajar berprestasi tinggi dan sekolah di jalur (band) enam dengan pelajarnya berprestasi rendah. Pelajar dalam kumpulan rawatan diajar dengan menggunakan Modul Bioteknologi yang dibangunkan oleh pengkaji. Manakala pelajar dalam kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran secara biasa dan dikendalikan oleh guru yang sama. Modul Bioteknologi dibangunkan melibatkan 6 elemen dan 18 sub elemen dan aktiviti pengajaran yang dicadangkan adalah berbentuk kuliah, tayangan video, amali secara hands-on dan perbahasan/forum. Analisis dan penilaian keberkesanan Modul Bioteknologi dilakukan menggunakan ujian-t berpasang dan Ujian ANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan di antara pencapaian kumpulan pelajar berprestasi rendah dan pelajar berprestasi tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan kesan dari pengajaran dengan menggunakan Modul Bioteknologi terhadap pencapaian dalam kalangan para pelajar berprestasi rendah dan tinggi; di mana pelajar dari kumpulan prestasi tinggi menunjukkan peningkatan yang lebih (M = 30.13, SP = 9.00) berbanding pelajar dari kumpulan berprestasi rendah (M= 19.51, SP = 7.52). Ini mengimplikasikan bahawa Modul Bioteknologi telah meningkatkan pengetahuan kedua-dua kumpulan pelajar. Temu bual dua guru dan empat pelajar dari setiap sekolah yang telah didedahkan kepada pembelajaran menggunakan Modul Bioteknologi menunjukkan ianya sesuai dan memudahkan pemahaman konsep bioteknologi yang bersifat abstrak. Kedua-dua guru menyatakan Modul Bioteknologi yang dibangunkan membantu meningkatkan pengetahuan mereka dan memudahkan mereka mengajar aspek bioteknologi berkenaan. Beberapa faktor berkaitan dengan masalah teknikal serta kemudahan prasarana yang ada di sekolah perlu diberi perhatian agar aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan secara lancar. Pemerhatian pengkaji semasa latihan dua orang guru juga menunjukkan tahap PTPK mereka adalah rendah di peringkat awal. Hasilnya di dapati penggunaan Modul Bioteknologi mampu meningkatkan tahap PTPK kedua guru terlibat. Ini menyebabkan Manual PTPK dibina oleh pengkaji untuk kegunaan guru semasa pengajaran.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Bioteknologi; Matapelajaran Biologi; Sekolah Menengah; Biotechnology; Education
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 08 Mar 2016 13:36
    Last Modified: 12 Sep 2019 07:58
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6182

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item