Kohesi dan koheren dalam karangan pelajar tingkatan enam / Kaaminy Kanapathy

Kaaminy, Kanapathy (2011) Kohesi dan koheren dalam karangan pelajar tingkatan enam / Kaaminy Kanapathy. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2269Kb) | Preview

    Abstract

    ini menyelidik penggunaan kohesi dan koheren dalam karangan bahasa Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Jumlah responden kajian ini ialah seramai 36 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan kaedah pemilihan bertujuan dari sebuah pusat tuisyen yang menawarkan kelas tambahan bagi mata pelajaran bahasa Tamil Tingkatan 6. Responden kajian ini terdiri daripada pelbagai faktor latar belakang yang berbeza seperti jantina, umur, sekolah dan pencapaian gred bagi mata pelajaran bahasa Tamil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Responden dikehendaki menulis ujian karangan jenis ekspositori berdasarkan format Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Kesemua karangan responden diperiksa mengikut sistem pemarkahan holistik yang dihasilkan oleh pengkaji bagi menentukan karangan yang baik dan lemah. Kemudian, karangan responden dianalisis untuk melihat pencapaian kohesi dan koheren. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian Kohesi Nahuan mencatat jumlah penggunaan yang lebih tinggi berbanding pencapaian Kohesi Leksikal. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan kohesi adalah lebih tinggi dalam karangan baik berbanding dengan karangan lemah. Selain itu, penganalisisan kajian juga menunjukkan kewujudan korelasi yang signifikan antara gred dan bilangan kohesi dalam karangan responden. Karangan kategori baik didapati mengandungi ciri-ciri koheren yang baik serta kelemahan koheren pada kadar yang rendah berbanding dengan karangan kategori lemah. Kesimpulannya, penyelidikan selanjutnya mungkin perlu untuk mengkaji manfaat pengajaran dan pembelajaran secara langsung kohesi dan koheren dalam wacana penulisan karangan pelajar.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2011.
    Uncontrolled Keywords: Kohesi; Koheren; karangan pelajar Tingkatan Enam; Education; Malay Language; Languages and Linguistics
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 22 Mar 2016 12:55
    Last Modified: 22 Mar 2016 12:55
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6224

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item