Terminologi ekonomi Bahasa Arab dalam majalah Aswaq / Nur Hakimah Md Sallehuddin

Nur Hakimah, Md Sallehuddin (2016) Terminologi ekonomi Bahasa Arab dalam majalah Aswaq / Nur Hakimah Md Sallehuddin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (2697Kb) | Preview

    Abstract

    Bahasa dan pengguna bahasa adalah dua elemen penting dalam berkomunikasi. Penggunaan laras bahasa atau istilah yang sesuai mengikut konteks membuktikan kebolehan seseorang untuk berbahasa. Masalah penerimaan maklumat yang tidak tepat akan menjejaskan aktiviti komunikasi untuk berjalan dengan lancar. Kajian laras bahasa merupakan salah satu kajian yang mengkaji bahasa dan pengunaanya serta pengguna bahasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti laras dan kekerapan penggunaan laras ekonomi yang digunakan. Di samping menganalisis makna leksikologi serta menganalisis pembentukan istilah dalam majalah Aswaq bahasa Arab. Teori analisis linguistik Leech dan Short (1981) digunakan sebagai dasar teori dalam kajian dengan menganalisis aspek leksikal dan tatabahasa sahaja. 24 artikel daripada jumlah keseluruhan 73 artikel telah dikumpul untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 207 istilah ekonomi bahasa Arab yang wujud dalam 24 buah artikel yang dianalisis. Golongan kata nama mendominasi kekerapan keseluruhan istilah ekonomi berbanding kata kerja. Manakala, kategori keperluan dan aktiviti ekonomi merupakan kategori yang mempunyai bilangan kekerapan yang tertinggi. Analisis makna leksikologi juga membuktikan bahawa penggunaan istilah perlu mengikut laras dan konteks perbincangan agar makna yang tepat dapat diperoleh. Bagi analisis pola imbuhan kata kerja dan kata nama bagi istilah pula menunjukkan 50% daripada istilah ekonomi yang dikaji adalah sepadan dengan pola imbuhan yang dinyatakan. Daripada dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan istilah dalam konteks tertentu adalah perlu agar maklumat yang tepat dapat diperolehi. Keseluruhan perbincangan diterangkan secara deskriptif dan dibantu oleh jadual serta gambar rajah. Kata kunci : Sosiolinguistik, Laras, Konteks, Ekonomi, Bahasa Arab.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Elements in communication; Ability to speak; Communication; Economic context; Arabic Language
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jun 2016 09:58
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:37
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6476

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item