Ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak miskin di Malaysia / Noralina Omar

Noralina , Omar (2016) Ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak miskin di Malaysia / Noralina Omar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2351Kb) | Preview

    Abstract

    Kualiti hidup kanak-kanak bergantung kepada persekitaran sosial keluarga mereka. Kajian ini mengkaji pengaruh ekologi keluarga terhadap kesejahteraan hidup kanak-kanak. Hubungan di antara ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak dalam kajian ini diteliti menerusi Teori Ekologi Manusia dan Pendekatan Ekologi Keluarga. Kajian ini mengguna pakai perspektif ekologi yang beranggapan kanak-kanak perlu membesar dalam persekitaran keluarga yang mesra, menyokong dan penyayang. Kajian ini menggunakan metod campuran penerangan berurutan. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan melalui dua peringkat; iaitu teknik persampelan rawak mudah bagi memilih lokasi kajian dan teknik persampelan rawak sistematik bagi memilih sampel kajian. Sejumlah 200 keluarga yang terdiri dari 200 kanak-kanak berusia lingkungan 9 hingga 17 tahun dan 200 ibu/bapa. Sampel kajian mewakili 100 keluarga bandar dan 100 keluarga luar bandar. Hasil kajian menunjukkan yang kanak-kanak dalam kajian ini mempunyai tahap kesejahteraan hidup yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan kesejahteraan hidup kanak-kanak signifikan dengan kualiti hubungan perkahwinan ibu bapa dan kualiti hubungan ibu bapa-anak. Kajian ini penting dilakukan kerana hasil penemuannya boleh dijadikan input, petunjuk dan panduan berguna dalam sebarang usaha untuk mengubahsuai Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara, serta usaha-usaha untuk merancang program intervensi sosial yang lebih berkesan bagi memastikan ekologi keluarga dapat diperkasakan dan kesejahteraan kanak-kanak terus terpelihara.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Arts and Social Science, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Family ecology; Poor children; Social life; Malaysia; Children well-being
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 22 Sep 2016 15:51
    Last Modified: 06 Sep 2019 01:35
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6701

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item