Artifak dan peraturan dalam zon perkembangan prokisamal dalam penulisan Bahasa Sepanyol / Shahril Ismail

Shahril, Ismail (2016) Artifak dan peraturan dalam zon perkembangan prokisamal dalam penulisan Bahasa Sepanyol / Shahril Ismail. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2367Kb) | Preview

    Abstract

    Prinsip yang diketengahkan oleh SCT ialah fungsi mental individu dapat ditingkatkan melalui proses pengantaraan (mediation) artifak budaya (bahasa dan artifak sosial) dan aktiviti sosial (Vygotsky, 1978). Melalui peralatan budaya yang berada disekelilingnya, manusia menggunakannya sebagai pegantara untuk menentukan tindakan yang sewajarnya di samping menyelesaikan masalah, rasional dan logik (Lantolf & Thorne, 2006). Menyelesaikan masalah melalui tindakan membuat dan menentukan penggunaan pengantara inilah keupayaan mental manusia daripada tahap semasa dapat ditingkatkan kepada tahap potensi dalam dunia sosial mereka melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal. Berdasarkan konsep Zon Perkembangan Proksimal, bidang kajian berkaitan perkembangan atau pemerolehan bahasa (SLA / FLA) dan pendidikan merujuk kepada bagaimana pelajar menggunakan artifak budaya sebagai pegantara untuk meningkatkan keupayaan fungsi mental melalui interaksi dan perkongsian pengetahuan (collaborative learning, peers assintance, comprehensible input / output, computer assisted learning dsb) yang akhirnya menunjukkan pencapaian mereka dapat ditingkatkan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD)- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Artefact; Spain language; Proximal development; Interaction
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 19 Jan 2017 17:21
    Last Modified: 18 Sep 2019 04:26
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6771

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item