Penentuan amaun pukal tabung dana pengurusan perumahan bertingkat di Malaysia / Norngainy Mohd Tawil

Norngainy, Mohd Tawil (2009) Penentuan amaun pukal tabung dana pengurusan perumahan bertingkat di Malaysia / Norngainy Mohd Tawil. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis (PhD)
Download (100Mb) | Preview

    Abstract

    Menurut Akta Hak Milik Strata 1985, pemilik unit kediaman bertingkat tinggi atau strata diperlukan membayar caruman kepada kos pengurusan fasiliti. Namun, kajian telah mendapati pengutipan caruman tersebut sebagai bermasalah (i) penduduk gagal membayar secara tetap atau (ii) langsung tidak membayar caruman tersebut. Ini memberikan kesan yang negatif terhadap keberkesanan pengurusan penyenggaraan bangunan. Justeru, satu mekanisme perlu dicari untuk mengatasi masalah pengurusan perumahan bertingkat yang berpunca daripada kesukaran pengutipan tersebut. Tujuan utama penyelidikan ini adalah (i) untuk mengenal pasti punca kepada kesukaran mengutip caruman tersebut dan (ii) untuk membina formula Penentuan Amaun Pukal Tabung Dana Pengurusan yang terpakai bagi unit kediaman berstrata. Di fasa pertama, soal selidik secara temubual telah dijalankan untuk mengenal pasti keengganan penduduk untuk membayar caruman. Dengan mengambil 132 perumahan bertingkat yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan sebagai rangka sampel, sebanyak 660 responden telah dipilih secara rawak berstrata. Kemudian, teknik Konjoin Kabur telah digunakan untuk menghasilkan keputusan dalam nilai Linguistik Kabur. Hasilan mendapati bahawa keengganan penduduk membayar adalah berkaitan dengan ketidakpuasan mereka terhadap mutu penyenggaran yang ditawarkan serta beban membayar secara bulanan. Penduduk juga didapati kurang bersosial dan agak sukar bekerjasama. Bebanan membayar sepanjang pemilikan turut dirasai penduduk malahan cadangan mensekalikan dana pengurusan di dalam harga rumah telah dipersetujui oleh responden. Seterusnya di fasa kedua, penyelidikan ini membangunkan formula bagi Model Tabung Dana Pengurusan perumahan bertingkat. Model ini dibina berasaskan formula anuiti berterusan. Untuk membangunkan model ini, nilai inflasi bagi "bakul-bakul" tertentu diambil kira sebagai kadar kenaikan tahunan Dana Pengurusan. Analisis terhadap KWSP, ASB dan unit amanah telah digunakan sebagai komponen peningkatan tabung. Pekali regresi bagi hubungan dana pengurusan setahun dan harga rumah digunakan sebagai pekali bagi model ini. Penyelidikan ini mendapati bahawa nilai pukal Tabung Dana Pengurusan yang perlu disekalikan adalah di antara 7% sehingga 20% daripada harga rumah bergantung kepada nilai pulangan pelaburan. Model Tabung Dana Pengurusan tersebut boleh diguna pakai oleh pemaju untuk menentukan amaun pukal dana pengurusan yang harus disekalikan di dalam harga rumah bagi tujuan mengatasi masalah kutipan Dana Pengurusan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, 2009.
    Uncontrolled Keywords: High-rise apartment buildings; Malaysia; Maintenance and repair; Costs Real property -- Malaysia -- Finance. Public housing -- Malaysia -- Maintenance and repair -- Finance. Apartment houses -- Maintenance and repair -- Malaysia -- Finance.
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Built Environment
    Depositing User: Mr. Khairul Fadzlie Khalid
    Date Deposited: 03 Nov 2017 16:57
    Last Modified: 03 Nov 2017 16:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7985

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item