Penaakulan perkadaran dalam kalangan murid Tahun Lima tentang nisbah dan kadaran / Fazura Mohd Noor

Fazura, Mohd Noor (2018) Penaakulan perkadaran dalam kalangan murid Tahun Lima tentang nisbah dan kadaran / Fazura Mohd Noor. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1137Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3108Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini yang berlandaskan konstruktivisme radikal dan perspektif matematik bertujuan untuk mengenal pasti penaakulan perkadaran tentang nisbah dan kadaran yang dimiliki oleh murid Tahun Lima. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana murid membanding dan menyusun pecahan, membanding nisbah, membuat hubung kait antara kuantiti, dan menyatakan implikasi bagi perubahan kuantiti. Instrumen kajian terdiri daripada 18 tugasan, tiga daripadanya merupakan tugasan membanding dan menyusun pecahan, manakala 15 tugasan membabitkan dua jenis masalah penaakulan perkadaran, iaitu masalah menentukan nilai dan masalah membandingkan nisbah. Data bagi kajian ini merangkumi maklumat secara lisan dan bukan lisan yang dikumpulkan dari tujuh orang murid Tahun Lima dalam lima sesi temu bual klinikal. Semua temu bual dirakamkan secara audio dan video dan mengambil masa selama 30 minit hingga 40 minit bagi setiap sesi. Penganalisisan data membabitkan lima peringkat, iaitu transkripsi data, pembersihan data, analisis kajian kes, pengekodan dan tema, dan analisis merentas kes. Dapatan kajian menunjukkan penaakulan perkadaran yang dimiliki murid membabitkan beberapa idea. Pertama, murid menggunakan idea pecahan setara dan idea subkonstruk pecahan bahagian-keseluruhan dan hasil bahagi dalam membuat perbandingan melibatkan pecahan dan nisbah. Idea nisbah antara dan nisbah dalaman secara multiplikatif digunakan dalam membuat hubung kait antara kuantiti, yang mana idea nisbah antara dikaitkan dengan pemikiran unitari. Dalam menjelaskan implikasi perubahan kuantiti, murid menggunakan idea kovarians dan idea invarians. Seterusnya, kajian ini mendapati terdapat peralihan daripada hubungan secara penambahan kepada hubungan secara multiplikatif semasa murid menyelesaikan masalah penaakulan perkadaran berkaitan nisbah dan kadaran. Kajian ini turut membincangkan implikasi kepada amalan pendidikan dengan mencadangkan penggubal kurikulum matematik sekolah rendah memperluaskan standard pembelajaran dalam kurikulum standard sekolah rendah. Selain itu, konsep pecahan haruslah diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran nisbah dan kadaran. Kajian ini juga memberi implikasi teori yang signifikan kerana dapat menggambarkan secara mendalam tentang penaakulan perkadaran berkaitan nisbah dan kadaran menggunakan kerangka konsep yang dibina.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Radical constructivism; Mathematical perspective; proportional reasoning of ratio; Learning technique
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Q Science > QA Mathematics
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 30 Jun 2018 17:12
      Last Modified: 04 Feb 2021 07:22
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8469

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item