Suzanna, Abdul Hadi (2009) Jenayah internet :Pengawalseliaan dan pentadbiran undang-undang di Malaysia / Suzanna Abdul Hadi. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Pada abad ke 21 ini, manusia menjadi semakin berani melakukanjenayah dalam pelbagai kaedah yang tidak wujud suatu masa dahulu. Antara jenayah yang kerap bcrlaku pada masa kini merupakan perbuatan salah yang dilakukan dialam maya iaitu dengan mcnggunakan komputer dan capaian internet. Jenayah internet bukanlah sesuatu yang baru didunia luar tetapi ian a agak baru di Malaysia. Oleh sebab itu, kebanyakkan undang-undangjenayah di Malaysia rnasih b lum mempunyai peruntukkan bagi meliputi jenayah yang dilakukan dialam maya. Menyedari hakikat ini, disertasi ini akan berusaha mengupas la una did Jam undangundang siber di Malaysia serta kelemahan dalam proses dan proscdur p nguatkua aan undangundang yang sedia ada di negara ini. Namun sebelum melihat lacuna dalam sistem perundangan Malaysia, disertasi ini akan terlebih dahulu melihat kepada sejarah dan latar belakang internet dan perkembangannya sejak ianya mual diperkenalkan. Selain itu, disertasi ini akan turut menyentuh aspek pentadbiran internet dan kepentingan pentadbiran kepada pentadbiran, kawalan dan seliaan internet.Selepas itu, jenis-jenis jenayah internet utama dunia akan dikaji agar. Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah undang-undang Malaysia yang sedia ada bersedia menghadapi serangan jenayah-jenayah internet tersebut. Akhir sekali disertasi ini akan cuba mengemukakan beberapa cadangan sama ada dari segi pindaan undang-undang mahupun pembaikpulihan sistem kawalan dan seliaan internet di Malaysia yang sedia ada bagi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam undang-undang siber di Malaysia.
Actions (For repository staff only : Login required)