Sistem pengurusan pertanyaan (e-Tanya) / Nur ‘Adilah Md. Jelani

Nur ‘Adilah , Md. Jelani (2003) Sistem pengurusan pertanyaan (e-Tanya) / Nur ‘Adilah Md. Jelani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Penggunaan komputer pada era ini tidak dapat lagi dinafikan kepentingannya. Dengan adanya kemudahan internet, pelbagai maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sudah tentu menjadikan penggunaan komputer lebih meluar dan efektif. Sistem pengurusan pertanyaan (e-Tanya) adalah merupakan suatu sistem yang akan dibangunkan secara “online”. Pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan laman web untuk menguruskan pelbagai soalan yang diajukan oleh pengguna. Untuk membangunkan sistem ini pada peringkat awalnya, kajian permasalahan dijalankan terlebih dahulu. Menerusi kajian yersebut pelbagai kaedah telah digunakan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan sistem. Antara kaedah yang terlibat adalah kaedah pengumpulan data dan kaedah penulisan. Selain itu, kajian turut dilakukan terhadap perisian-persian yang akan digunakan untuk menentukan kesesuaiannya dalam pembangunan sistem. Kajian terhadap sistem sedia ada juga dilakukan untuk membandingkan kelebihan dan kekurangan sistem tersebut dengan sistem yang bakal dibangunkan. Modal air terjun telah digunakan dengan pendekatan sebagai prototaip dipilih dalam membangunkan sistem ini. Ini bertujuan bagi langkah mengenalpasti masalah yang timbul semasa membangunkan sistem ini nanti. Laman web ini akan dibangunkan dengan aturcara ASP, Java Script, HTML, dan SQL dengan menggunakan perisian Microsoft Fronpage dan Macromedia Dreamweaver sebagai perisian penyunting web. Manakala Microsoft Access pula digunakan untuk bahagian pangkalan data.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pengurusan pertanyaan (e-Tanya); Soalan; Atas talian; Modal air terjun; Microsoft Fronpage
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Jul 2020 01:24
    Last Modified: 20 Jul 2020 01:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10193

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item