Perubahan adat pengkebumian Punan Bah / Angelane Mula Anak Bunyau

Angelane Mula, Anak Bunyau (2019) Perubahan adat pengkebumian Punan Bah / Angelane Mula Anak Bunyau. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (182Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Dissertation M.A.)
    Download (6Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini menjelaskan perincian perubahan adat pengkebumian yang berlaku dalam kebudayaan Punan Bah. Perubahan adat terpilih sebagai isu pokok kajian ini kerana pentingnya adat dalam kehidupan manusia dan dengan berubahnya adat menunjukkan akar umbi kehidupan sebuah masyarakat itu telah mengalami perubahan. Untuk itu, kajian ini akan menjelaskan pola perubahan adat yang berlaku dengan meneliti tatacara yang dilakukan semasa berlakunya kematian sehingga pelaksanaan adat pengkebumian dan meneliti setiap proses pembinaan setiap tapak pengkebumian yang digunakan. Penelitian dibuat berpandukan teori konflik yang dikemukakan oleh Ralf Dahrendorf (1929-2009). Teori ini menekankan beberapa elemen utama yang menimbulkan konflik seperti peranan pemerintah yang menggunakan kuasa dan kedudukan mereka terhadap masyarakat sehingga menuntut perubahan berlaku. Penemuan ini penting untuk menjawab pernyataan yang dikemukakan oleh Ida Nicolaisen (2015) yang menyatakan kesedaran generasi muda Punan Bah terhadap perubahan yang berlaku di Sarawak bukan sahaja mengubah cara hidup mereka malah akan menyebabkan kebudayaan tradisional mereka hilang. Pernyataan tersebut memberi gambaran kritikal terhadap perubahan yang berlaku dalam adat asal Punan Bah, termasuklah adat pengkebumian. Dengan menjelaskan secara menyeluruh perubahan yang berlaku dalam adat pengkebumian Punan Bah akhirnya, membentuk satu sintesis penolakan dan penerimaan sifat kebudayaan sebagai fenomena yang sering beradaptasi dengan keadaan semasa. Seterusnya, pendekatan kualitatif menerusi kerja lapangan yang telah dijalankan daripada awal bulan Januari hingga pertengahan bulan Jun tahun 2014 beserta dengan teknik persampelan bebola salji merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mendapatkan data kajian. Untuk itu, data dikumpul melalui pemerhatian tidak turut serta, pemerhatian turut serta dan temu bual bersama tokoh yang arif tentang adat asal Punan Bah. Pengesahan data daripada responden utama telah dibuat dengan lawatan semula ke kawasan kajian pada 25 Disember 2017. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan relativisme budaya dan holistik berpandukan teori konflik yang telah ditetapkan. Kajian ini mendapati adat asal pengkebumian Punan Bah tidak lagi diamalkan dan perubahan yang berlaku bukan sahaja dari segi bentuk fizikal malah nilai yang terkandung dalam adat turut berubah. Perubahan yang berlaku sekaligus mengubah kepentingan komuniti kepada kepentingan organik. Akhir sekali, maklumat penting yang terhasil daripada rekabentuk kerangka konseptual dapat menyemai minat untuk mendalami dan menghargai kebudayaan asal masing-masing kerana dengan pengetahuan budaya yang ada, kebudayaan tradisional akan kekal terpelihara sejajar dengan arus pemodenan dan globalisasi dunia.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Punan Bah; Adat pengkebumian; Kelirieng; Salong/salung; Perubahan adat
      Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
      G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
      Divisions: Academy of Malay Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 15 May 2020 04:49
      Last Modified: 15 May 2020 04:49
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10308

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item