Azlan Khalili , Shamsuddin (1985) Pendidikan Islam tradisional: Satu kajian mengenai Balai Dakwah Islamiyah, Jeram, Selangor / Azlan Khalili Shamsuddin. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Projek penyelidikan yang bertajuk “Pendidikan Islam tradisional: Satu kajian mengenai Balai Dakwah Islamiyah, Jeram, Selangor” ini cuba membentangkan mengenai sejenis Lembaga Pendidikan bernilai tinggi yang berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam yang murni. Di dalam bab pertama iaitu Pendahuluan, pengkaji membincangkan secara ringkas sebab-sebab mengapa tajuk projek penyelidikan ini dipilih dan beberapa persoalan yang timbul mengenai sistem Pendidikan tersebut. Selanjutnya Teknik penyelidikan, bidang kajian dan masalah-masalah dalam kajian ini dibicarakan. Di dalam bab Kedua, teori dan konsep serta pengertian Pendidikan Islam tradisional dibicarakan. Kemudian, asar Pendidikan ini serta perhubungan guru-murid yang menjadi teras kepada sistem Pendidikan ini dibincangkan. Bab Ketiga membicarakan mengenai sejarah Balai Dakwah Islamiyah asal-usul serta permasalahan yang dihadapinya. Bab Keempat pula membincangkan mengenai sistem Pendidikan di Madrasah ini dengan lebih lanjut mengenai latar belakang pelajar-pelajarnya, jdual waktu pelajaran, rangka Pendidikan serta sukatan pelajaranya. Bab Kelima menganalisis mengenai sistem Pendidikan tradisional ini secara keseluruhan serta kelemahan dan kritikan terhadapnya. Selanjutnya dinayatakan cadangan-cadangan dan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk memperbaiki sistem Pendidikan tersebut. Bab akhir di samping beberapa saranan yang difikirkan perlu menyimpulkan mengenai sistem Pendidikan ini serta membicarakan secara ringkas nilainya yang tinggi dan murni. Selanjutnya beberapa lampiran diadakan untuk membantu menjelaskan mengenai sistem Pendidikan tradisional ini.
Actions (For repository staff only : Login required)