Pandangan Mohammad Hashim Kamali terhadap hudud dalam buku Punishment In Islamic Law / Nor Asimah Mat Noh

Nor Asimah , Mat Noh (2018) Pandangan Mohammad Hashim Kamali terhadap hudud dalam buku Punishment In Islamic Law / Nor Asimah Mat Noh. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1697Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini menyentuh isu hudud di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan (EKJS (II) 1993 Negeri Kelantan). Pada tahun 1993, enakmen ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Kelantan dengan sebulat suara oleh ahlinya namun enakmen ini tidak dapat dilaksanakan atas beberapa sebab antaranya percanggahan dengan Perlembagaan Negara. Ada kalangan yang menyokong pelaksanaannya dan tidak kurang juga yang membantah dengan memberikan pelbagai alasan seperti hukuman hudud akan membawa kepada ketidakadilan kepada masyarakat dan akan menyebabkan masyarakat Islam akan menjadi mundur serta ekonomi negara turut akan terjejas. Para sarjana turut membuat ulasan mengenai pelaksanaan enakmen ini di Negeri Kelantan. Di antaranya adalah Mohammad Hashim Kamali yang bangun mengkritik enakmen dengan menghasilkan sebuah buku khusus bagi membincangkannya iaitu “Punishment in Islamic Law: An Enquiry into the Hudud Bill of Kelantan”. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan pandangan yang telah dikemukakan oleh Mohammad Hashim Kamali mengenai EKJS (II) 1993 Negeri Kelantan ini. Kajian ini dilakukan secara kualitatif, memfokuskan kepada karyanya tentang hudud. Hasil kajian mendapati bahawa antara tiga permasalahan utama yang dikemukakan oleh Mohammad Hashim Kamali mengenai enakmen adalah seperti masalah prosedur, masalah berkaitan dengan realiti masyarakat majmuk, dan masalah pendekatan literal dalam menghuraikan pemahaman mengenai hudud. Secara intipatinya, penjelasannya tentang hudud menggunapakai pendekatan reformis-liberal. Beliau lebih bersetuju dengan ulasan sarjana modenis dan bukannya pandangan sarjana klasik. hal ini jelas dapat dilihat di dalam ulasannya pada isu murtad, minum arak, zina dan rogol.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Enakmen Kanun Jenayah Syariah; Hukum Hudud; Kelantan; Perlembagaan Negara
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Jan 2020 08:25
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10801

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item