Nur Fadhlinawati, Said (2002) Sistem maklumat pesakit / Nur Fadhlinawati Said. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (24Mb) | Preview |
Abstract
Latihan Ilmiah merupakan satu kursus wajib bagi pelajar tahun akhir bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya. Melalui kursus ini pelajar perlu membuat satu projek di mana pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama ini. Sistem yang akan dibangunkan ini merupakan satu projek pembangunan sistem maklumat iaitu Sistem Maklumat Pesakit. Sistem ini diharap dapat menggantikan sistem manual yang digunakan sekarang. Sistem Maklumat Pesakit (SMP) ini merupakan satu sistem pangkalan data yang berasaskan komputer yang dibangunkan bagi menyimpan maklumat pesakit dengan lebih mudah dan berkesan. Sistem ini merupakan sistem pangkalan data yang membenarkan maklumat disimpan, ditambah atau dihapuskan (dikemaskini) mengikut keperluan semasa. Ia juga bertujuan memudahkan kakitangan klinik merekod segala maklumat pesakit secara terperinci tanpa mengubah atau menghapuskan rekod yang sedia ada. SMP ini juga merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan lagi kakitangan klinik membuat rujukan sesuatu perkara berhubung dengan pesakit. SMP ini akan dibangunkan dengan antaramuka yang bersifat mesra pengguna. Microsoft Access akan digunakan untuk membangunkan pangkalan data manakala antaramuka pengguna pula akan dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0. Sistem ini boleh dilarikan pada Windows 98 atau Windows 2000.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002. |
Uncontrolled Keywords: | Sistem maklumat pesakit; Pangkalan data; Pencarian maklumat |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 24 Feb 2020 02:46 |
Last Modified: | 24 Feb 2020 02:46 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10836 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |