Pola pemilikan tanah Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dan implikasi sosio-ekonomi / Abu Bakar Awang

Abu Bakar , Awang (1985) Pola pemilikan tanah Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dan implikasi sosio-ekonomi / Abu Bakar Awang. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini ialah mengenai pola-pola pemilikan tanah di sebuah kampung baru iaitu Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Tumpuan kawasan yang dipilih ialah psuat kampung yang telah mengalami pembangunan yang pesat dari segi kemudahan infrastruktur dan menjadi tumpuan penduduk. Kajian ini mengandungi 6 bab di mana tiap-tiap bab membicarakan topik-topik tertentu seperti yang berikut:- Bab I: Pendahuluan. Dalam bab ini, pengkaji membicarakan tentang tujuan kajian, bidang kajian, metode kajian yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Bab II: Latarbelakang tempat kajian. Bab ini membicarakan tentang kedudukan taraf tanah kawasan kajian di dalam Majlis Perbandaran Johor Bahru, kedudukan geografinya, sejarah kawasan kajian, struktur pentadbiran dan penduduknya serta pemilikan tanah secara umum. Bab III: Pola-pola pemilikan tanah. Pengkaji membicarakan tentang pola-pola pemilikan tanah dari segi pemilikan lot dan keluasan kategori pemilik awal dan akhir serta perbandingannya, pemilikan lot dan keluasan mengikut saiz dan perbandingannya mengikut kategori pemilik, membicarakan tentang pemilikan tanah secara khusus mengikut kategori pemilik dan jantina, perkongsian milik tanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemilikan tanah. Bab IV: Perubahan pemilikan tanah. Pengkaji membicarakan tentang pendaftaran hakmilik tanah diperingkat awal dan akhir, pindah milik yang berlaku. Bab ini juga membicarakan tentang penggadaian tanah, taraf zon tanah, kegunaan tanah dan bentuk struktur binaan atas tanah dan nilai tanah kawasan kajian dalam pasaran secara umum. Bab V: Implikasi sosial dan ekonomi. Membicarakan tentang implikasi pola-pola pemilikan tanah ke atas keadaan sosio-ekonomi di kawasan kajian secara umum. Bab VI: Kesimpulan. Dalam bab ini, pengkaji membuat rumusan mengenai keseluruhan kajian yang dijalankan itu.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Pemilikan tanah; Kampung Melayu Majidee; Pemilikan lot; Nilai tanah; Pasaran
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 19 Feb 2020 01:49
    Last Modified: 19 Feb 2020 01:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10988

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item