Kitab al-Kifayah karangan Shaykh' Abd al-Malik bin' Abdullah: Teks dan analisis / Zurita Mohd Yusoff

Zurita , Mohd Yusoff (2014) Kitab al-Kifayah karangan Shaykh' Abd al-Malik bin' Abdullah: Teks dan analisis / Zurita Mohd Yusoff. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (47Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan sebuah kajian teks ke atas Kitab al-Kifayah yang dikarang oleh Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah, iaitu seorang ulama tempatan yang lahir di Terengganu pada tahun 1650M. Walaupun kitab ini merupakan di antara penulisan fiqh pertama di Terengganu dan ditulis oleh seorang ulama yang hebat, namun tidak ramai yang mengenalinya mahupun mengetahui kewujudannya. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menemui tiga buah naskhah Kitab al-Kifayah. Melalui perbandingan yang dibuat di antara ketiga-tiga naskhah ini, banyak perbezaan dikesan dari segi struktur ayat mahupun penggunaan istilah. Perbezaan-perbezaan ini adakalanya menyebabkan berubahnya maksud ayat yang ingin disampaikan oleh pengarang. Ketiadaan nombor ayat-ayat al-Quran, nama surah dan maklumat lengkap tentang perawi hadis telah menyebabkan kitab ini sukar untuk dibaca oleh generasi kini. Berdasarkan semua masalah tersebut, sebuah kajian yang mengaplikasikan ilmu tahqiq telah dijalankan bagi mendapatkan sebuah teks Kitab al-Kifayah yang paling hampir dengan kehendak pengarang. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk menghuraikan riwayat hidup Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah, dan ketokohannya dalam bidang fiqh, menghuraikan latar belakang Kitab al-Kifayah dan juga menganalisis hukum-hukum fiqh yang terdapat dalam bab binatang halal dan haram dimakan. Bagi mendapatkan data-data yang diperlukan, pengkaji telah menggunakan kaedah dokumentasi dan kaedah temubual. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Pengkaji juga menggunakan metode landasan ketika menjalankan kerja-kerja mentahqiq Kitab al-Kifayah. Hasil daripada kajian yang dijalankan, sebuah teks lengkap Kitab al-Kifayah yang hampir dengan maksud asal pengarang telah dapat dihasilkan. Hasil daripada kajian ini juga mendapati bahawa Kitab al-Kifayah ini telah menjadi rujukan penting kepada rakyat Terengganu dan penduduk luarnya pada abad ke-17 dan ke-18. Selain daripada merujuk kepada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Quran dan hadis, Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah turut menggunakan kaedah qiyas dan kaedah fiqhiyyah seperti al-darurah tubih al-mahzurah dan al-‘adah muhakkamah. Hal ini telah membuktikan bahawa Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah bukanlah ulama’ yang hanya menukilkan fakta-fakta fiqh yang telah sedia di tulis di dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar dalam Mazhab Syafie’, tetapi juga seorang ulama’ yang mampu berijtihad dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat setempat ketika itu. Dalam bab binatang halal dan haram dimakan, Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah telah mengemukakan hukum memakan Beberapa jenis binatang yang tidak dibincangkan hukumnya oleh ulama’ fiqh dalam Mazhab Syafie’ seperti teritip, kelemayar, toke, lintah dan pacat. Hasil daripada analisis hukum yang dibuat, Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah,didapati menetapkan hukum-hukum dengan menggunakan kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama’ Mazhab Syafie’ dan juga menggunakan kaedah qiyas. Walaupun Shaykh' Abdul al-Malik bin' Abdullah memilih pandangan yang muktamad, beliau juga mengemukakan pandangan-pandangan seperti pandangan daif dalam Mazhab Syafie’.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Shaykh' Abd al-Malik bin' Abdullah; Kitab al-Kifayah; Hukum Islam; Ulama; Mazhab Syafie
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Feb 2021 05:05
    Last Modified: 24 Feb 2021 05:05
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12072

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item