Perancang keluarga dalam komuniti Melayu (Parit Setongkat, Muar, Johor) / Halimah Salleh

Halimah, Salleh (1975) Perancang keluarga dalam komuniti Melayu (Parit Setongkat, Muar, Johor) / Halimah Salleh. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (24Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ilmiah ini adalah satu pengkajian keatas aspek sosial perancang keluarga didalam sebuah komuniti Melayu. Kajian ini dibuat di komuniti Parit Setongkat, Muar, Johor, iaitu 2 batu jauhnya dari Muar. Susunan isi kandungan kajian ilmiah ini adalah seperti berikut: Bab 1 : Ini adalah bab pendahuluan dimana diterangkan tentang tujuan kajian, cara-cara bagaimana penyelidikan dijalankan dan latarbelakang tempat yang dikaji. Bab II : Disini diteruskan dengan sejarah perkembangan perancang keluarga dari zaman pra-sejarah hingga kezaman sejarah dalam masyarakat-masyarakat manusia yang terdapat dipermukaan dunia ini, khususnya masyarakat Melayu di Malaysia. Bab III : Berikutnya dibincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi orang-orang Melayu dalam penerimaan perancang keluarga. Seterusnya dibincangkan cara-cara yang digunakan oleh orang-orang, Melayu dalam merancang keluarga mereka baik cara tradisional mahupun cara moden. Bahagian ini adalah merupakan hasil-hasil yang didapati dari kajian yang dibuat. Bab IV : Dalam bab ini diteruskan perbincangan mengenai hasil-hasil kajian iaitu tentang sikap orang-orang Melayu ini terhadap cara-cara perancang keluarga moden. Bab V : Dibentang kan selanjutnya perancang keluarga dilihat dari segi agama Islam. Bab VI : Sebagai penutup, kajian ilmiah ini diakhiri dengan rumusan-rumusan mengenai kedudukan perancang keluarga ini dalam masyarakat Melayu dan cadangan-cadangan diberikan untuk mengatasi masaalah- masaalah penerimaan perancang keluarga.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1974/1975.
    Uncontrolled Keywords: Perancang keluarga; Komuniti Melayu; Penerimaan masyarakat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 09 Jun 2021 06:27
    Last Modified: 09 Jun 2021 06:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12268

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item