Pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam isu-isu makanan halal di Malaysia: Analisis dari perspektif Maqasid al-Shariah / Tuan Sidek Tuan Muda

Tuan Sidek , Tuan Muda (2019) Pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam isu-isu makanan halal di Malaysia: Analisis dari perspektif Maqasid al-Shariah / Tuan Sidek Tuan Muda. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (3519Kb) | Preview

    Abstract

    Mazhab al-Shafi‘i adalah mazhab utama yang menjadi asas kepada pelbagai penetapan hukum syarak dalam urusan pentadbiran dan pengurusan agama di Malaysia. Perkembangan sains dan teknologi serta pengaruh globalisasi telah memberikan kesan kepada pemakaian mazhab ini dalam penetapan makanan halal dan pengurusan pensjilannya. Pemakaiannya pada sesetengah hukum dianggap ketat serta tidak seiring dengan keperluan perubahan zaman. Sehubungan dengan itu, terdapat cadangan supaya digunakan pendapat fiqh mazhab lain yang dilihat lebih menepati perkembangan semasa dan maqasid al-shari‘ah. Walau bagaimanapun, Imam al-Shafi‘i dan para pendokongnya adalah pelopor kepada ilmu maqasid al-shari‘ah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk menganalisis pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam isu-isu makanan halal di Malaysia menurut perspektif maqasid al-shari‘ah bagi menilai sejauh mana kesesuaian pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam penetapan makanan halal seiring dengan perkembangan semasa. Fokus kajian ini ialah isu-isu fiqh yang masih menimbulkan percanggahan pandangan dalam kalangan fuqaha dan memberi kesan kepada perbezaan pandangan hukum, fatwa dan prosedur pensijilan halal. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data menggunakan kaedah perpustakaan melalui analisis dokumen dan temu bual. Analisis data pula menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode fiqh al-Shafi‘i sesuai dan mampu diguna pakai dalam penetapan pelbagai hukum seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Pemakaiannya dalam industri halal semasa dan setempat dengan kaedah yang betul dan terarah menjadikan penetapan hukum makanan halal tidak rigid bahkan mampu mencapai maqasid al-shari‘ah terutamanya dalam pemeliharaan terhadap al-daruriyyat al-khams melalui pendekatan kesederhanaan antara ifrat dan tafrit. Melalui analisis terhadap prosedur, standard dan pandangan hukum makanan halal di Malaysia, didapati wujud unsur-unsur ihtiyat, taysir dan meraikan khilaf. Hasil kajian juga menunjukkan fiqh al-Shafi‘i mampu dijadikan asas kepada standard pensijilan halal global dan seterusnya dapat mengangkat tingkat pelaksanaan pensijilan halal ke tahap yang lebih diyakini.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Fiqh al-Shafi‘i; Maqasid al-Shari‘ah; Makanan halal; Pengurusan pensijilan; Pensijilan halal
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Nov 2021 02:52
    Last Modified: 10 Nov 2021 02:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12589

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item