Syakir Abdul , Azam (2019) Perbandingan kritikan Muhammad Mustaffa Ala’zami dan Harald Motzki terhadap pemikiran Joseph Schacht mengenai hadith / Syakir Abdul Azam. Masters thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (2195Kb) | Preview |
Abstract
Orientalis Barat telah lama melakukan pengkajian terhadap hadith semenjak abad ke-17 Masihi lagi. Salah seorang pelopor kepada pengkajian hadith di Barat adalah Joseph Franz Schacht, seorang pengkaji dari Rottburg, Jerman. Pemikiran Schacht yang skeptik terhadap hadith, mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak sama ada dalam kalangan sarjana Muslim, mahupun Barat. Oleh itu, kajian ini akan membuat satu kajian perbandingan antara dua tokoh sarjana hadith terkini iaitu Dr. Muḥammad Muṣṭaffā al- A’ẓamī (sarjana Muslim) dan Dr. Harald Motzki (sarjana Barat) terhadap pemikiran Joseph Schacht. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji metode kritikan yang digunapakai beserta perbandingannya antara kedua tokoh tersebut terhadap pemikiran Schacht khususnya berkaitan teori-teori yang diperkenalkan olehnya seperti common link, projecting back, dan argumentum e-silentio. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah pengumpulan data iaitu metode kajian perpustakaan dan juga metode kajian dokumentasi dijalankan terhadap tokoh-tokoh tersebut. Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah komperatif, iaitu perbandingan kritikan antara al-A’ẓamī dan Motzki terhadap pemikiran Schacht. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa persamaan antara kedua-dua tokoh dalam menilai pemikiran Schacht terhadap hadith. Akan tetapi gaya dan metode kritikan yang dikemukakan di antara mereka sedikit berbeza.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Orientalis Barat; Joseph Schacht; Hadith; Teori e-Silentio; Teori Common link |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 24 Jan 2022 02:02 |
Last Modified: | 24 Jan 2022 02:02 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12667 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |