Anonymous, - (1982) Peranan dan sumbangan agensi dan jabatan kerajaan di dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar: Penumpuan di buat ke atas RISDA dan Jabatan Haiwan (satu kajian kes di Kampong Ajai, Raub, Pahang). Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (21Mb) | Preview |
Abstract
Ini ialah satu kajian sosio-ekonomi di Kampong Ajai, di negeri Pahang. Tumpuan kajian ialah ke atas peranan dan sumbangan oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan dalam usahanya untuk memajukan masyarakat luar bandar dengan penumpuan khas kepada pihak berkuasa RISDA dan Jabatan Haiwan. Penulisan ini sebenarnya mengandungi tujuh bab. Bab I menerangkan tujuan dan kepantingan kajian, method kajian, bidang serta masaalah kajian. Di sebabkan kajian ini termasuk bidang pembangunan, bab II membincangkan secara ringkas konsep pembangunan dan pembangunan masyarakat di Malaysia. Bab III pula membentangkan latar belakang kawasan kajian dan sosio-ekonomi responden. Bab IV menumpukan perbincangan mengenai pihak berkuasa RISDA dan Jabatan Haiwan berhubung dengan perkara-perkara penubuhannya, struktur dan organisasi serta strategi dan aktiviti pembangunan yang disediakan. Program-program pembangunan yang disediakan oleh pihak berkuasa RISDA dan Jabatan Haiwan di Kampong ini serta penyertaan dikalangan responden akan dibincangkan dalam bab V penumpuan di sini akan dibuat berdasarkan kepada aspek penyertaan, pencapaian, keberkesanan dan implikasi yang timbul darinya. Bab VI pula akan dibincangkan program-program pembangunan yang disediakan oleh lain-lain agensi dan jabatan kerajaan dan termasuk perbincangan ringkas mengenai infrastruktur dan kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan kepada penduduk-penduduk kampong ini. Bab VII pula merupakan bab penutup dengan sedikit rumusan dan kesimpulan hasil dari penemuan kajian ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1981/1982. |
Uncontrolled Keywords: | RISDA; Jabatan Haiwan; Masyarakat luar bandar; Program pembangunan; Infrastruktur |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 07 Apr 2022 04:23 |
Last Modified: | 07 Apr 2022 04:23 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13263 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |