Isu keselamatan makanan menurut perspektif al-Hadith: Analisis terhadap perusahaan kecil dan sederhana di Lembah Klang / Mohd Farhan Md Ariffin

Mohd Farhan , Md Ariffin (2019) Isu keselamatan makanan menurut perspektif al-Hadith: Analisis terhadap perusahaan kecil dan sederhana di Lembah Klang / Mohd Farhan Md Ariffin. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis PhD)
Download (5Mb)

    Abstract

    Dalam wacana kepenggunaan, keselamatan makanan merupakan satu sistem jaminan yang menitikberatkan cabang tayyiban merangkumi elemen kebersihan, keselamatan dan kualiti dalam proses penghasilan produk makanan. Ini boleh dibuktikan di mana subjek mengambil kira pemberatan aspek “kebaikan” bermula daripada peringkat bahan mentah sehingga kepada produk akhir. Dalam konteks Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan sektor yang mendominasi industri makanan di Malaysia. Pertumbuhan lebih banyak PKS akan meningkatkan pengeluaran makanan yang memberikan nilai tambah terhadap kepelbagaian produk dan perkembangan pasaran. Persoalannya, didapati wujud kecenderungan dalam kalangan PKS untuk bertolak ansur terhadap langkah-langkah keselamatan dalam proses penyediaan makanan. Suasana persaingan antara PKS telah memberi impak terhadap penghasilan produk yang tidak selamat. Hal ini seterusnya mengakibatkan kehadiran bendasing, penggunaan bahan kimia atau pengawet yang dilarang, penjualan barangan tamat tempoh, pengurangan dalam kekerapan pembersihan premis penyediaan makanan dan sebagainya. Implikasinya, PKS menjadi medium utama cetusan isu-isu keselamatan makanan. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konsep keselamatan makanan dan hubungannya dengan halalan tayyiban, mengenal pasti isu-isu keselamatan makanan dalam PKS di Malaysia, seterusnya mengkaji hadith-hadith yang menjelaskan tentang isu-isu keselamatan makanan dan mengeluarkan fiqh hadithnya serta selanjutnya menganalisis isu-isu keselamatan makanan dalam PKS sektor perkhidmatan makanan dari aspek pengetahuan, sikap dan pengamalan berasaskan kepada instrumen analisis hadith yang diadaptasi daripada kerangka decision tree HACCP. Kajian ini bersifat kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan, iaitu temu bual dan observasi terhadap PKS sasaran. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis mengguna pakai kaedah induktif, deduktif, analisis kandungan dan tematik serta perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati terdapat sebelas isu keselamatan makanan yang menjadi masalah utama dalam kalangan PKS di Malaysia. Daripada itu, terdapat sebanyak 28 hadith yang memfokuskan perbincangan terhadap isu-isu keselamatan makanan terlibat. Akhir sekali, kajian dapat membangunkan instrumen analisis hadith (Hadith Analysis Tool) yang berbentuk decision tree berasaskan kepada kerangka HACCP sebagai alternatif menangani isu-isu keselamatan makanan dalam PKS di Malaysia. Hasilnya, daripada keseluruhan 15 isu dalam instrumen analisis hadith (Hadith Analysis Tool) yang telah dilakukan kajian lapangan terhadap PKS sektor perkhidmatan makanan terpilih di Lembah Klang, sebanyak 12 isu kedapatan bermasalah dari sudut pengamalan dalam kalangan informan PKS. Lebih awal daripada itu, meskipun subjek memiliki tahap pengetahuan dan sikap yang tinggi dalam majoriti isu, hal berikut jelas tidak diterjemahkan secara signifikan dalam premis.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Tayyiban; Keselamatan makanan; Instrumen analisis hadith; PKS sektor perkhidmatan makanan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Oct 2022 08:12
    Last Modified: 05 Oct 2022 08:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13891

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item