Pembangunan modul strategi struktur dekonstruktivisme kata kerja tatabahasa Bahasa Tamil / Rathidevi Shanmugam

Rathidevi , Shanmugam (2021) Pembangunan modul strategi struktur dekonstruktivisme kata kerja tatabahasa Bahasa Tamil / Rathidevi Shanmugam. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (196Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2470Kb)

      Abstract

      Tujuan utama kajian ini adalah membangunkan modul strategi struktur dekonstruktivisme tatabahasa kata kerja Bahasa Tamil untuk pelajar-pelajar sekolah menengah atas. Kajian ini menggunakan model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Fasa 1: Analisis Keperluan melibatkan soal selidik terhadap 308 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek elektif bahasa Tamil dari lapan buah sekolah dan temu bual separa berstruktur yang melibatkan lapan orang guru bahasa Tamil yang mengajar bahasa Tamil Tingkatan Empat. Fasa 2: Reka bentuk dan fasa 3: Pembangunan telah dijalankan melalui Teknik Fuzzy Delphi dua pusingan, dengan 10 orang panel pakar pedagogi dan tatabahasa dari Universiti Tempatan, Institut Pendidikan Perguruan, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dengan menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur untuk pusingan pertama dan soal selidik bagi pusingan kedua. Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai pedagogi, isi kandungan, dan bahan bantu mengajar yang perlu dimasukkan ke dalam Modul Tatabahasa Kata Kerja Bahasa Tamil. Bagi fasa 4: Implementasi, modul yang telah dibangunkan diimplementasikan oleh penyelidik ke atas 70 orang pelajar Tingkatan Empat dari dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan. Sampel bertujuan ini melibatkan pelajar tingkatan empat yang mempunyai pencapaian sederhana atau baik dalam subjek bahasa Tamil. Fasa 5: Penilaian yang meliputi penilaian formatif dan sumatif. Tiga orang guru cemerlang bahasa Tamil sekolah menengah telah menilai modul tatabahasa bagi fasa penilaian formatif. Penyelidik telah menjalankan temu bual separa berstruktur terhadap panel penilai guru cemerlang. Matlamat utama temu bual separa berstruktur ini adalah untuk mengumpul data yang berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan modul. Pandangan dan cadangan panel penilai guru cemerlang digunakan untuk penambahbaikan modul yang dibangunkan sebelum diimplementasikan di sekolah. Objektif utama penilaian sumatif adalah untuk menilai kepenggunaan modul berdasarkan retrospeksi responden. Praujian mengandungi soalan berstruktur dan objektif sebelum modul diimplementasikan. Pascaujian soalan berstruktur dan objektif selepas modul diimplementasikan kepada responden. Kekuatan, kelemahan dan masalah yang dihadapi semasa menggunakan modul serta cadangan bagi penambahbaikan modul tatabahasa kata kerja telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul strategi struktur dekonstruktivisme kata kerja tatabahasa bahasa Tamil yang menggunakan strategi dekonstruktivisme telah berjaya dibangunkan. Modul kata kerja tatabahasa yang dibangunkan ini telah mempermudahkan pembelajaran kata kerja tatabahasa tingkatan empat di samping menarik minat, mendorong pembelajaran yang menarik dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam kata kerja tatabahasa bahasa Tamil. Justeru itu, kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis telah dipraktikkan dalam modul ini. Penyelidik menyarankan agar guru-guru dan pelajar-pelajar dapat menjadikan modul ini sebagai bahan bantu mengajar dan sumber rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kata kerja tatabahasa bahasa Tamil.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Institute of Advanced Studies, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Dekonstruktivisme; Tatabahasa; Bahasa Tamil; Pembelajaran; Kata Kerja
      Subjects: L Education > L Education (General)
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Institute of Advanced Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 13 Apr 2023 07:25
      Last Modified: 13 Apr 2023 07:25
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14282

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item