Ahmad Amer Rahimi , Che Ramli (2022) Isu-isu hukum Islam dalam transplantasi badan-kepala / Ahmad Amer Rahimi Che Ramli. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (201Kb) | |
PDF (Thesis M.A) Restricted to Repository staff only until 31 December 2024. Download (3783Kb) |
Abstract
Perkembangan sains dan teknologi telah menyumbang kepada kemajuan teknik pembedahan yang membolehkan organ dan anggota manusia ditransplankan kepada penerima. Terbaru, seorang pakar neurosurgeri Itali, Dr. Sergio Canavero telah menjalankan pemindahan badan manusia kepada kepala manusia yang lain. Beliau bersama kumpulannya berjaya menjalankan proses ini kepada haiwan dan mayat. Ia menjadi polemik hangat dalam kalangan pakar perubatan dan etika. Namun, perbincangannya dari aspek fiqh masih belum mendapat tempat dalam kalangan sarjana Muslim. Oleh itu, kajian ini membincangkan empat isu, iaitu isu autonomi, karāmah insāniah, pertimbangan manfaat mudarat dan isu jangkaan, iaitu identiti dan genetik. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan yang melibatkan temubual. Informan merangkumi enam pakar iaitu tiga pakar hukum Islam, dua pakar bio-etika dan seorang pakar perubatan. Data-data dianalisis mengikut empat isu yang dibincangkan secara induktif. Dapatan kajian mendapati isu karāmah insāniah melibatkan dua perbahasan fiqh iaitu memanfaatkan jasad mayat serta mendermakannya. Isu autonomi pula melibatkan hak musytarikah pesakit ke atas jasad yang memberi kesan kepada keabsahan keizinan mereka. Selain itu, isu identiti pula merangkumi tiga teori pembentukan identiti manusia, iaitu psichological continuity, animalism dan embodied coginitive yang memberi kesan kepada aspek genetik. Seterusnya, isu pertimbangan maṣlaḥah dan mafsadah pula berdasarkan tiga situasi resipien iaitu pesakit peripheral neuromuscular, pesakit lumpuh dan resipien ingin menukar jantina.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022. |
Uncontrolled Keywords: | Teknologi perubatan; Pemindahan organ; Maqāṣid shariah; Fiqh maālat; Pertimbangan maṣlaḥah; Roh |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 26 May 2023 07:08 |
Last Modified: | 26 May 2023 07:08 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14457 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |