Pembangunan model pengajaran pemikiran reka bentuk sekolah rendah / Nurulrabihah Mat Noh

Nurulrabihah , Mat Noh (2020) Pembangunan model pengajaran pemikiran reka bentuk sekolah rendah / Nurulrabihah Mat Noh. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (227Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2674Kb)

      Abstract

      Walaupun meningkatnya kesedaran mengenai kepentingan pemikiran reka bentuk dalam pendidikan, masih terdapat kekangan dalam pelaksanaannya dalam kelas formal. Guru kurang pengetahuan dan kemahiran terutamanya kompetensi pemikiran reka bentuk, yang diperlukan dalam pembelajaran berasaskan reka bentuk. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model pengajaran pemikiran reka bentuk sekolah rendah. Berdasarkan sorotan literatur, model seumpama ini masih belum dibangunkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu penghasilan model ini adalah wajar dibangunkan sebagai panduan kepada guru-guru untuk melatih dan menerapkan pemikiran reka bentuk dalam diri murid serta mempraktikkan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 dalam poses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang diasaskan oleh Richey dan Klein (2007). Berpandukan kaedah ini kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan fasa analisis keperluan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen kepada tiga orang guru sekolah rendah untuk melihat bagaimana pembelajaran berasaskan pemikiran reka bentuk diimplementasikan di sekolah rendah. Data yang telah dianalisis menghasilkan tiga tema yang memberi penjelasan yang konkrit kepada pengkaji bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran pemikiran reka bentuk sekolah rendah. Fasa kedua menggunakan pendekatan kaedah Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM) untuk membangunkan model berdasarkan pandangan dan keputusan panel pakar yang terdiri daripada sembilan orang pakar. Impak daripada fasa yang dijalankan telah menghasilkan sebuah digraf yang dikenali sebagai prototaip model pengajaran pemikiran reka bentuk sekolah rendah. Fasa ketiga melibatkan penilaian kebolehgunaan model bertujuan untuk melihat kesesuaian serta kebolehgunaan model pengajaran pemikiran reka bentuk untuk dijadikan panduan oleh guru-guru dalam melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Hasil analisis menunjukkan ke semua pakar dalam kajian ini bersetuju elemen, dimensi dan keseluruhan model dalam model pengajaran pemikiran reka bentuk bersesuaian dan boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan model ini dapat memberi garis panduan kepada guru-guru dalam pembelajaran abad ke-21.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Pemikiran reka bentuk; Sekolah rendah; Pendidikan; Pembangunan model; Pembelajaran abad ke-21
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Curriculum & Instructional Technology
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 13 Jul 2023 07:50
      Last Modified: 13 Jul 2023 07:50
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14628

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item