Amalan menutup aurat dalam kalangan pelajar ketika aktiviti kesenian: Kajian di Sekolah Seni Malaysia Johor / Faizal Azuat Hasim

Faizal Azuat , Hasim (2018) Amalan menutup aurat dalam kalangan pelajar ketika aktiviti kesenian: Kajian di Sekolah Seni Malaysia Johor / Faizal Azuat Hasim. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1328Kb)

    Abstract

    Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan untuk pelajar mendapatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri yang cemerlang. Penekanan dan penerapan moral dan nilai Islam dalam kalangan pelajar adalah sangat penting untuk dilaksanakan secara menyeluruh. Kajian yang dilakukan di Sekolah Seni Malaysia Johor ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan amalan menutup aurat dalam kalangan pelajar ketika melakukan aktiviti kesenian dan persembahan pentas. Selain itu, ia juga dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pengabaian terhadap kewajipan menutup aurat dalam kalangan pelajar ketika melaksanakan aktiviti kesenian sepanjang mereka menuntut di sekolah tersebut. Seramai 188 orang pelajar telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini berasaskan kepada data dari pelbagai sumber klasik dan kontemporari termasuk dokumen rasmi sekolah serta hasil temubual bersama pihak sekolah, guru dan Jurulatih Kesenian. Maklumat kajian ini turut diperolehi melalui borang soal selidik yang mengandungi item berbentuk skala pilihan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kajian ini mendapati tahap pengetahuan dan amalan menutup aurat dalam kalangan pelajar ketika melakukan aktiviti kesenian adalah berada pada tahap yang memuaskan. Namun, dari segi pengamalan menutup aurat dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap sederhana serta perlu dipertingkatkan dengan lebih sempurna khususnya pelajar yang mengambil bidang Seni Tari dan Seni Teater. Manakala, faktor-faktor pengabaian menutup aurat dalam kalangan pelajar ketika mereka melakukan aktiviti kesenian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mendedahkan aurat atas faktor untuk memenuhi kehendak pertandingan yang mereka sertai dan kerana faktor kehendak diri mereka sendiri. Saranan yang dikemukakan untuk memperbaiki tahap amalan mereka adalah melalui kepatuhan dan penekanan kepada didikan agama oleh semua pihak samada ibubapa, guru, Jurulatih Kesenian, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Aurat; Sekolah Seni Malaysia; Aktiviti kesenian; KPM; Syarak
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 Aug 2023 04:07
    Last Modified: 02 Aug 2023 04:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14676

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item