Cabaran pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal: Kajian di Madura, Indonesia / Kamiluddin

Kamiluddin, - (2023) Cabaran pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal: Kajian di Madura, Indonesia / Kamiluddin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (203Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1977Kb)

      Abstract

      Indonesia merupakan sebuah negara yang memiliki potensi dalam sektor pelancongan. Dalam konteks pelancongan berasaskan ekonomi kreatif, Sumenep merupakan salah satu daerah di Madura yang berpotensi untuk dikembangkan secara optimum. Namun, isu-isu seperti penghasilan produk patuh syariah, bahan mentah dan pemasaran produk turut menjadi cabaran pengusaha ekonomi kreatif di Sumenep. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti secara lebih dekat pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal di Sumenep dengan memberi tumpuan kepada cabaran sebenar yang dihadapi oleh pengusaha ekonomi kreatif khususnya sektor kraftangan. Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, meneliti konsep ekonomi kreatif untuk pelancongan halal. Kedua, untuk menganalisis cabaran pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal di Sumenep. Ketiga, menganalisis strategi pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal di Sumenep. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian perpustakaan dan lapangan dilaksanakan. Kajian perpustakaan dilakukan bagi memperolehi data sekunder berkaitan dengan ekonomi kreatif dan pelancongan halal menerusi kajian-kajian terdahulu. Kajian lapangan pula dilakukan bagi memperolehi data primer dengan menggunakan tiga teknik iaitu pemerhatian, temu bual dan dokumentasi. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil analisis kajian menemukan tiga dapatan utama. Pertama, dalam pelaksanaan konsep pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal ialah keselarasan mengenai pembangunan ekonomi kreatif dengan kriteria pelancongan halal menurut Tim Percepatan Pembangunan Pelancongan Halal (TP3H). Kedua, sembilan cabaran dihadapi oleh pengusaha ekonomi kreatif di Sumenep meliputi kualiti dan kuantiti sumber manusia, modal, produk patuh syariah, pesaing dari luar kawasan, bahan mentah, strategi pemasaran, infrastruktur maklumat dan teknologi, dan dasar kerajaan. Pesaing dari luar kawasan merupakan cabaran paling utama yang dihadapi oleh pengusaha ekonomi kreatif Sumenep. Ketiga, strategi latihan, bantuan modal usaha, inovasi produk, pewujudan sistem pemasaran, perkongsian usaha serta penubuhan pusat perundingan dan pembangunan dilaksanakan bagi menangani cabaran tersebut dengan kerjasama pihak pengusaha dan juga kerajaan. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input kepada pembangunan ekonomi kreatif untuk pelancongan halal di Sumenep, Indonesia khususnya dan negara-negara sekitarnya.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Cabaran; Ekonomi kreatif; Pelancongan halal; TP3H; Infrastruktur maklumat dan teknologi
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 05 Feb 2024 06:54
      Last Modified: 05 Feb 2024 06:54
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14761

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item