Kecenderungan pembelian terhadap produk bertanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda Muslim di Malaysia / Nurul Iffah Mohammad Afandi

Nurul Iffah , Mohammad Afandi (2023) Kecenderungan pembelian terhadap produk bertanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda Muslim di Malaysia / Nurul Iffah Mohammad Afandi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (188Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1151Kb)

      Abstract

      Kajian mengenai kecenderungan pembelian produk bertanggungjawab sosial banyak bertumpu kepada kecenderungan keseluruhan pengguna dan tidak memberi fokus kepada pengguna Muslim. Unsur keagamaan khususnya Hablumminallah dan Hablumminannas juga tidak diberi perhatian dalam mengkaji mengenai kecenderungan pembelian produk bertanggungjawab sosial. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti kecenderungan pembelian produk bertanggungjawab sosial dalam kalangan pengguna Muslim generasi muda di Malaysia berdasarkan elemen Hablumminallah dan Hablumminannas serta kesan demografi pengguna tersebut dalam mempengaruhi pembelian mereka. Kajian ini penting bagi membantu syarikat pengeluar produk mengetahui faktor dan elemen yang dianggap penting dalam mempengaruhi pembelian pengguna Muslim generasi muda di Malaysia. Edaran soal selidik telah digunakan dan sebanyak 437 borang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Ujian-T, ANOVA serta korelasi Pearson telah digunakan bagi menganalisis dan membuktikan hipotesis kajian. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan faktor demografi (jantina, peringkat pengajian dan zon pengajian) adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi kecenderungan pembelian produk bertanggungjawab sosial. Manakala faktor bidang pengajian dan urbaniti pula hanya mempunyai kesan yang signifikan kepada sebahagian kecil faktor pembelian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pengguna lebih mementingkan elemen Hablumminannas daripada Hablumminallah walaupun kedua-dua elemen tersebut mempunyai hubungan yang positif. Daripada analisis elemen Hablumminannas sendiri pula, pengguna menunjukkan penekanan yang ebih mendalam kepada dimensi produk berorientasikan manusia (produk bertanggungjawab komersial dan produk bertanggungjawab komuniti) berbanding dengan dimensi produk bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan ekosistem walaupun ketiga-tiga dimensi tersebut turut mempunyai hubungan yang positif.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Kecenderungan pembelian; Produk bertanggungjawab sosial; Faktor demografi; Hablumminallah; Hablumminannas
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 05 Feb 2024 07:11
      Last Modified: 05 Feb 2024 07:11
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14762

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item