Konsep sabar terhadap ujian Allah: Kajian dalam kalangan rakan jalanan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur / Siti Sarah Ali

Siti Sarah, Ali (2018) Konsep sabar terhadap ujian Allah: Kajian dalam kalangan rakan jalanan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur / Siti Sarah Ali. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Download (2642Kb)

    Abstract

    Disertasi ini merupakan sebuah kajian yang dijalankan bagi meneliti isu kefahaman konsep sabar terhadap ujian Allah SWT dalam kalangan rakan jalanan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur. Kehidupan sebagai seorang manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah SWT. Oleh kerana itu, setiap individu Muslim perlu memiliki persediaan dari sudut ilmu keagamaan yang kuat khususnya kefahaman terhadap konsep sabar untuk menghadapi segala ujian supaya dirinya tidak menyalahkan Allah SWT sama ada ia merupakan ujian yang kecil mahupun besar. Cara seseorang menguruskan diri dalam menghadapi ujian tersebut akan menentukan peribadinya di hadapan Allah SWT. Kajian ini mempunyai beberapa objektif, iaitu: mengkaji konsep ujian menurut Islam dan bentuk ujian yang dihadapi oleh rakan jalanan, mengkaji konsep sabar menurut Islam dan kepentingannya kepada rakan jalanan dan menganalisis kefahaman rakan jalanan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur terhadap sifat sabar dalam menghadapi ujian Allah SWT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi, observasi dan temu bual bagi mengumpul data dan maklumat yang berkaitan serta menggunakan jadual pengkodan untuk menganalisisnya. Hasil kajian mendapati bahawa setiap manusia pasti ditimpa ujian termasuklah golongan rakan jalanan yang diuji dengan kelaparan, ketiadaan tempat tinggal dan layanan buruk daripada insan sekeliling. Kajian juga mendapati bahawa rakan jalanan menghayati sifat sabar dalam menghadapi ujian yang hadir dalam hidup mereka. Dengan menghayati sifat sabar, seseorang Muslim mampu untuk menghadapi ujian dengan sebaiknya.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Sabar; Ujian Allah; Rakan jalanan; Islam; Adab
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Mar 2024 06:47
    Last Modified: 14 Mar 2024 06:47
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14825

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item