Pengurusan pendapatan tidak patuh syariah dalam syarikat Prudential BSN Takaful / Siti Adhira Ibrahim

Siti Adhira , Ibrahim (2023) Pengurusan pendapatan tidak patuh syariah dalam syarikat Prudential BSN Takaful / Siti Adhira Ibrahim. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2025.

Download (1188Kb)

    Abstract

    Kajian ini membincangkan mengenai pengurusan pendapatan tidak patuh syariah yang berlaku dalam industri takaful dengan fokus kajian di Syarikat PruBSN Takaful. Dalam Islam terdapat perkara-perkara utama yang diharamkan dalam perniagaan antaranya gharar, riba, tipu helah, kesilapan, paksaan dan perjudian. Majlis Penasihat Shariah, Bank Negara Malaysia (SAC-BNM) telah mengeluarkan garis panduan bagi memastikan segala aktiviti dalam menguruskan pendapatan adalah mematuhi syariah. Dengan adanya rangka kerja dan tadbir urus syariah yang diguna pakai dalam Syarikat PruBSN Takaful secara tidak langsung ia memastikan pelbagai isu berbangkit mengenai ketidakpatuhan syariah dapat dipantau dan dikawal selia. Segala penambahbaikan dan peningkatan bagi Syarikat PruBSN Takaful akan di buat di dalam Manual Operasi Pelaporan Tidak Patuh Syariah. Dalam dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa Syarikat PruBSN Takaful menguruskan dan memastikan pendapatan yang diperolehi adalah mematuhi syariah. Segala aktiviti yang terlibat dalam pengurusan pendapatan di Syarikat PruBSN Takaful adalah mengikut garis panduan yang sedia ada seperti Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, serta turut dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Syarikat PruBSN Takaful juga sentiasa mengemas kini polisi bagi memastikan segala isu berkaitan halal dan haram dalam operasi mereka dapat diurus dengan baik.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
    Uncontrolled Keywords: Takaful; Pendapatan tidak patuh syariah; Syarikat PruBSN Takaful; Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; Bank Negara
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Jan 2025 03:17
    Last Modified: 15 Jan 2025 03:17
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14974

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item