Nor Aishah , Abu Hassan (2023) Dakwah kelestarian alam sekitar: Kajian prinsip dan pendekatan Rasulullah saw / Nor Aishah Abu Hassan. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (Thesis M.A.) Restricted to Repository staff only until 31 December 2025. Download (2002Kb) |
Abstract
Dakwah mencakupi segenap aspek kehidupan termasuklah alam sekitar yang sebenarnya amat dekat dengan persoalan akidah, ibadah dan akhlak manusia. Malangnya, kesedaran dan tingkah laku lestari masih tidak berjaya diterapkan sepenuhnya dalam diri masyarakat. Krisis kelestarian alam sekitar semakin meruncing dan mengancam hidupan di muka bumi ini. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengetengahkan konsep dakwah kelestarian alam sekitar dalam Islam, mengenalpasti prinsip dakwah kelestarian alam sekitar menurut perspektif sirah Rasulullah SAW dan menganalisis pendekatan dakwah Rasulullah SAW dalam melestarikan alam sekitar berdasarkan hadis terpilih. Kaedah kajian ini berasaskan kepada kajian kepustakaan dan analisis kandungan secara tematik. Hasil kajian mendapati empat prinsip penting yang perlu ada dalam Dakwah Kelestarian Alam Sekitar (DKAS) iaitu (i) pendakwah kelestarian yang berilmu, berkemahiran dan bermotivasi tinggi, (ii) sasaran dakwah kelestarian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, (iii) topik dakwah kelestarian yang merangkumi elemen eko-teologi, krisis alam sekitar dan inisiatif kelestarian alam sekitar, dan (iv) saluran dakwah yang strategik seperti institusi masjid dan perundangan Islam. Dapatan kajian juga mendapati, pendekatan DKAS Rasulullah SAW adalah dominan melalui lisan (Da’wah bi al-Lisan) yang berbentuk galakan dan larangan serta melalui perbuatan (Da’wah bi al-Hal) berbentuk akhlak dan khidmat baginda sendiri melaksanakan dan menggalakkan usaha kelestarian alam sekitar. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat mendorong umat Islam untuk mengamalkan tingkah laku lestari dan diperluaskan dalam konteks dakwah kelestarian alam sekitar berasaskan panduan sunnah khususnya di Malaysia.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Rasulullah SAW; Kelestarian alam sekitar; Dakwah; Sunnah; Persekitaran |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Applied Sciences with Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 15 Jan 2025 06:34 |
Last Modified: | 15 Jan 2025 06:34 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14983 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |