Aplikasi wa’d dan tawarruq dalam SWAP: Analisis dari perspektif fiqh / Laila Aiman Zakaria

Laila Aiman , Zakaria (2023) Aplikasi wa’d dan tawarruq dalam SWAP: Analisis dari perspektif fiqh / Laila Aiman Zakaria. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (2134Kb)

    Abstract

    Wa’d dan tawarruq merupakan instrumen yang digunakan secara meluas dalam penstrukturan produk kewangan Islam. Tujuan pemakaian wa’d adalah sebagai alat pengurusan risiko manakala pemakaian tawarruq pula adalah sebagai alat pengurusan kecairan dan juga risiko. Kedua-duanya merupakan instrumen versatil yang dapat diimplementasi dan disesuaikan dalam mana-mana produk kewangan seperti produk pembiayaan, pelaburan dan lindung nilai. Wa’d dan tawarruq juga merupakan kunci utama yang membolehkan penstrukturan produk lindung nilai yang patuh Syariah khususnya swap. Swap merupakan instrumen lindung nilai di mana dua pihak saling bertukar aliran tunai daripada dua instrumen kewangan yang berbeza. Ciri swap yang fleksibel dan diniagakan secara atas kaunter membolehkan pihak berkontrak menggunakan pendekatan yang tersendiri dalam rundingan pemeteraian kontrak. Statistik urus niaga kontrak derivatif menunjukkan bahawa jumlah urus niaga swap lebih tinggi berbanding kontrak lain. Walau bagaimanapun, isu Syariah yang jelas wujud dalam instrumen konvensional telah menutup perbincangan berhubung keabsahannya di sisi Syariah. Keperluan terhadap instrumen lindung nilai yang dianggap patuh Syariah serta penawarannya yang terhad di pasaran mendorong kepada penstrukturan swap Islamik yang berasaskan wa’d dan tawarruq. Prinsip wa’d dan kontrak tawarruq merupakan instrumen yang banyak dibahaskan oleh para sarjana berhubung kaedah pemakaiannya dalam produk kewangan semasa. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat kaedah aplikasi wa’d dan tawarruq dalam swap serta menilai sejauhmana aplikasinya selari dengan prinsip Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul melalui kaedah kepustakaan dan temu bual pakar, manakala analisis data dilakukan dengan kaedah tematik dan deduktif bagi mencapai kesimpulan hukum. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi wa’d dan tawarruq secara umumnya diharuskan. Namun begitu, terdapat isu berbangkit berhubung kaedah pemakaiannya dalam produk kewangan semasa khususnya swap. Kedua-duanya dikaitkan dengan helah yang diharamkan. Ini kerana swap secara asasnya adalah instrumen yang tidak mempunyai pendasar sebaliknya nilai disandarkan pada pergerakan harga. Selain itu, isu tuntutan kerugian bagi kemungkiran wa’d merupakan isu yang memerlukan kepada kajian yang lebih mendalam dengan melihat pada institusi tertentu sebagai rujukan bagi menilai kaedah penetapan amaun kerugian sebenar.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
    Uncontrolled Keywords: Syariah; Swap; Aplikasi wa’d; Tawarruq; Konvensional
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Jan 2025 04:30
    Last Modified: 09 Jan 2025 04:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15003

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item